Terkini

Dare: Vape boleh bantu kurangkan tabiat merokok, jimat kos rawatan RM1.3 bilion

KUALA LUMPUR – DARE (Datametrics Research & Information Centre) yang merupakan sebuah badan pemikir berpusat di Malaysia telah melancarkan sebuah laporan bertajuk Clearing the Smoke: Tobacco Harm Reduction, yang mendedahkan bahawa strategi Pengurangan Kemudaratan Tembakau (THR) boleh menjadi  pemacu utama dalam menguruskan tabiat  merokok di Malaysia, yang masih tidak berubah selama lebih sedekad.

Analisis yang dilakukan oleh DARE ini mendedahkan bahawa dengan peraturan penggunaan vape serta galakan kepada perokok untuk beralih kepada vape sebagai alternatif yang kurang mudarat, kita dapat mengurangkan populasi perokok di Malaysia kepada 4.0 juta menjelang 2025. Seterusnya, laporan ini juga menganggarkan bahawa vape mampu membantu negara mengurangkan perbelanjaan kesihatan untuk merawat penyakit berkaitan merokok sebanyak RM1.3 bilion menjelang 2025.

Pankaj Kumar, Pengarah Urusan DARE berkata, “Kami memperolehi data ini daripada model pengiraan dan kajian dari agensi antarabangsa yang berkredibiliti seperti Public Health England dan Cochrane Review. Penemuan kami jelas menunjukkan bahawa Malaysia akan dapat mencapai hasil yang ketara daripada penerimaan THR dan adalah penting untuk membangunkan peraturan yang wajar untuk produk yang kurang memudaratkan bagi membantu negara mencapai agenda ini.”

“Sebagai permulaan, DARE mengesyorkan Malaysia untuk membezakan produk tembakau daripada produk kurang memudaratkan seperti vape yang telah terbukti secara saintifik sebagai alternatif yang kurang mudarat dan berkesan untuk membantu perokok berhenti dengan bertukar kepada vape. Selain itu, langkah-langkah kawal selia juga harus diambil bagi memastikan produk yang kurang mudarat ini dikawal standard pembuatan, keselamatan, maklumat produk, kualiti dan tahap keberkesanan yang tinggi.”

“Dalam mengubal undang-undang atau peraturan, DARE mengesyorkan pendekatan risiko berkadar (risk proportionate) dengan mengawal selia sekatan mengikut kadar risiko kepada kesihatan yang disebabkan oleh produk. Sebagai contoh, rokok tradisional mempunyai amaran kepada perokok, namun sebaliknya bagi produk vape pula harus mempunyai mesej mengenai manfaat peralihan dari rokok ke vape.

Untuk menyusun data tempatan laporan itu, tinjauan persepsi telah dijalankan pada September 2021, yang mendedahkan bahawa 80% rakyat Malaysia percaya bahawa penggunaan strategi THR di negara ini akan membantu perokok berhenti rokok tradisional kerana mereka akan dapat beralih kepada alternatif yang kurang memudaratkan. Majoriti besar (95%) mengatakan bahawa kerajaan Malaysia mesti terlibat dalam melaksanakan strategi THR di Malaysia.

Penemuan daripada laporan ini adalah tepat pada masanya kerana Malaysia akan memperkenalkan peraturan untuk vape di Malaysia. Ini susulan pelaksanaan rangka kerja percukaian yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2022.

“Walau apa pun, Malaysia harus meneruskan program sedia ada untuk mengurangkan  tabiat merokok di Malaysia. Dalam masa yang sama, pemimpin juga mestilah terbuka untuk meneroka kaedah penyelesaian berasaskan sains yang telah terbukti berkesan di negara seperti United Kingdom dan New Zealand. Kita mesti melihat kesesuaian di negara kita dan menentukan strategi terbaik yang boleh dibangunkan menjadi rangka kerja yang sesuai dengan keadaan negara kita. “

“Dengan usaha bersepadu ini, kita mampu mengurangkan permintaan untuk tembakau, meminimumkan kemudaratan, mengurangkan kos kepada sistem kesihatan dan akhirnya, menyelamatkan nyawa,” ujar Pankaj.Laporan penuh Clearing the Smoke: Tobacco Harm Reduction, boleh dimuat turun di laman web DARE.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: