Terkini

SC merupakan pihak berkuasa tertinggi bagi mentadbir SICDA

Suruhanjaya Sekuriti merupakan pihak berkuasa tertinggi bagi mentadbir Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA 1991).

Pakar Kriminologi, Dr Kassim Noor Mohamed dari Nottingham Trent University berkata SICDA 1991 ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia.

“SC merupakan pihak berkuasa tertinggi bagi mentadbir SICDA, bukan Bursa atau mana-mana badan lain,” kata Dr Kassim Noor yang berpusat di United Kingdom.

Merujuk kepada kemelut berhubung saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, beliau berkata Suruhanjaya Sekuriti telah membersihkan nama Azam Baki kerana tiada pelanggaran yang telah berlaku.

Terdapat beberapa laporan yang menyatakan bahawa Azam Baki ialah Pemilik Benefisial akaun dagangan tersebut, namun Dr Kassim Noor menjelaskan bahawa Suruhanjaya Sekuriti tidak pernah menyatakan perkara tersebut dan begitu juga Azam Baki.

“Menurut Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Azam Baki tidak melakukan sebarang kesalahan di bawah seksyen 25(4) SICDA. Malah, ia telah mengeluarkan dua kenyataan bagi menjelaskan perkara tersebut”.

Suruhanjaya Sekuriti telah mengeluarkan kenyataan media yang kedua bagi menjelaskan bahawa Tan Sri Azam Baki ialah pemegang akaun dan telah mengendalikan akaun dagangan tersebut. Menurut kenyataan itu, SC telah mencapai keputusan bahawa tiada pelanggaran terhadap seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991.

“SC telah membersihkan nama Azam Baki dan menutup failnya kerana tiada kesalahan yang telah dilakukan. Malah, Perdana Menteri telah menegaskan bahawa SC telah membersihkan nama Azam dan Parlimen telah menolak dua usul untuk membincangkan isu tersebut,” kata beliau sambil menambah bahawa ia tidak adil untuk memanjangkan isu tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: