Terkini

85% Rakyat Malaysia berkata larangan rokok dan vape untuk generasi akan datang tidak berkesan

KUALA LUMPUR– Majoriti rakyat Malaysia berkata dasar yang diumumkan baru-baru ini untuk mengharamkan penjualan rokok dan produk tembakau termasuk vape kepada mereka yang lahir selepas 2005 tidak akan berkesan.

Sebagai respon kepada tinjauan dipstick oleh Retail and Trade Brand Advocacy Malaysia Chapter (RTBA Malaysia) iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang melindungi perniagaan daripada perbuatan jenayah, 85% daripada mereka yang ditinjau berkata larangan itu tidak akan berkesan dan sebaliknya akan mewujudkan pasaran gelap untuk rokok dan vape.

Responden kaji selidik ini juga berkata, larangan itu sukar untuk dikuatkuasakan dan hanya akan memberi impak kepada perniagaan sah di Malaysia.

Dato’ Fazli Nordin, Pengarah Urusan RTBA Malaysia berkata “RTBA Malaysia memahami motif Kementerian Kesihatan (KKM), namun cadangan pengharaman rokok dan vape untuk generasi akan datang ini adalah berdasarkan 100% teori dan 0% bukti.”

“Mengharamkan terus bukan penyelesaiannya. Ambil contoh produk vape yang mengandungi nikotin yang dilarang dijual di pasaran. Walau dilarang, masih terdapat permintaan terhadap produk vape yang mengandungi nikotin. Paling teruk ialah pasaran gelap tembakau, di mana Malaysia berada pada kedudukan tertinggi rokok haram di dunia, didorong oleh jurang harga yang besar antara produk sah dan haram.”

“Kerajaan mesti mengambil pendekatan pragmatik. Cadangan ini hanya akan menyebabkan lebih banyak kesan negatif kerana pasaran gelap untuk rokok dan vape akan berkembang. Larangan ini akan menyaksikan pengguna beralih kepada sumber pasaran gerap untuk rokok dan vape apabila mencapai umur dewasa. Kandungan produk pasaran gelap ini juga kebiasaannya tidak mematuhi piawaian dan peraturan Kerajaan. Langkah ini mungkin akan membantutkan perniagaan sah tempatan  dan mendorong pasaran gelap untuk lebih bermaharajalela.

“Pengusaha vape khususnya, akan terjejas teruk. Mereka telah lama memperjuangkan peraturan untuk produk vape di Malaysia. Sebaliknya, perniagaan sah mereka kini bakal berdepan dengan risiko ditutup sepenuhnya kerana pasaran gelap kemudiannya akan menguasai pasaran.”

“Terdapat juga isu penguatkuasaan. Dasar sedemikian akan menjadi sangat mencabar untuk dikuatkuasakan dan akan menimbulkan kerumitan dalam urusniaga.”

“Kerajaan harus mengkaji secara menyeluruh kesan dasar baharu sebelum ia dilaksanakan dengan menjalankan kajian penuh dan sewajarnya. Jika tidak, ia boleh membawa kepada penguatkuasaan yang tidak konsisten dan memberi kesan buruk kepada komuniti perniagaan tempatan.”

Tinjauan dipstick dibuka kepada orang ramai selama hampir seminggu menyaksikan hampir 1,200 rakyat Malaysia berkongsi pandangan mereka mengenai larangan rokok dan vape yang dicadangkan dilaksanakan mulai tahun hadapan. Langkah ini adalah menyamai rancangan New Zealand untuk mengurangkan tabiat merokok secara berperingkat mulai 2027.

“Walaupun kerajaan Malaysia terinspirasi dengan langkah New Zealand, terdapat perbezaan yang ketara mereka kerana New Zealand tidak mengenakan larangan ke atas produk vape. Sebaliknya, negara itu mempromosikan vape sebagai alternatif yang kurang memudaratkan dan menggalakkan warga New Zealand untuk beralih daripada rokok tradisional.”

“Pelbagai kajian saintifik telah mendapati vape sebagai alternatif yang kurang memudaratkan berbanding menghisap rokok tradisional. Dalam laporan Cochrane Review pada 2021, ia menyimpulkan bahawa vape boleh membantu orang ramai berhenti merokok dan mungkin lebih berkesan berbanding terapi penggantian nikotin sedia ada.”

“Satu kajian yang dijalankan di Malaysia baru-baru ini mendedahkan bahawa dengan menggalakkan perokok beralih kepada vape sebagai alternatif yang kurang memudaratkan dapat membantu negara mengurangkan populasi perokok kepada 4 juta menjelang 2025. Seterusnya, laporan itu juga menganggarkan vape akan dapat membantu negara mengurangkan perbelanjaan penjagaan kesihatan untuk merawat penyakit berkaitan merokok sebanyak RM1.3 bilion menjelang 2025.” 

“Daripada terus melaksanakan larangan, KKM harus pertimbangkan untuk meneliti laporan-laporan seperti ini. Kita perlu kekal berfikiran terbuka dan mempertimbangkan solusi sedemikian jika matlamat kita benar-benar adalah untuk mengurangkan kelaziman merokok di negara ini,” ujar Dato’ Fazli.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: