Gaya Hidup

Bella Ammara perkenal duta kempen telekung Ramadan dan Syawal

Shah Alam – Syarikat pakaian muslimah, Bella Ammara, hari ini melancarkan kempen jualan koleksi telekung Ramadan dan Syawal sekali gus memperkenalkan duta produknya itu.

Pengasasnya, Sharifah Nabilla Al-Yahya berkata perlantikan dua orang artis terkenal iaitu Fasha Sandha dan Zizi Kirana sebagai duta kempen mempunyai faktor tersendiri dan juga permintaan dari para stokis.

“Fasha Sandha dipilih bukan sahaja kerana saya meminati lakonannya namun beliau juga menjadi pilihan para stokis kami.

“Ketika Bella Ammara menyunting beliau sebagai duta, soalan yang ditanya kepada saya ‘bolehkah beliau jadi duta telekung sedangkan dirinya masih tidak bertudung’?.

“Saya memaklumkan kepada Fasha, perkara itu tidak menjadi masalah. Walaupun tidak bertudung tetapi setiap orang memakai telekung ketika solat dan asbab menjadi duta, InsyaAllah dipermudahkan baginya untuk berhijab” katanya kepada media.

Tambahnya lagi, pemilihan Zizi Kirana pula kerana tertarik dengan penghijrahan beliau kearah wanita muslimah.

Bella Ammara turut melancarkan koleksi telekung Kirasha dan Sharifah sebagai produk untuk tahun ini.

“Nama Kirasha dipilih adalah gabungan nama Zizi Kirana dan Fasha Sandha untuk memudahkan para pelanggan mengingati telekung kami” jelasnya dalam satu sidang media di studio D’Loven, Setia Alam.

Koleksi Kirasha mempunyai empat pilihan warna iaitu dusty blue, dusty pink, dusty green dan nude. Manakala warna hitam dan putih bagi koleksi Sharifah.

Setiap koleksi berharga bermula dari RM259 sehingga RM349 untuk setiap set telekung yang dilengkapi dengan telekung kapas premium, sejadah mini, bag, dan kotak ekslusif yang sesuai untuk diberi sebagai hadiah.

Sasaran jualan pada tahun ini sebanyak RM8 juta untuk keseluruhan 26,000 set telekung yang dikeluarkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: