Terkini

90% Pengguna Malaysia berpendapat vape tidak boleh dikawal sama seperti tembakau

KUALA LUMPUR – Majoriti (90%) pengguna vape Malaysia telah berkongsi sokongan mereka terhadap pengenalan peraturan vape di Malaysia. Malah, 90% mengatakan bahawa mana-mana peraturan yang dibangunkan untuk vape mestilah berbeza daripada rokok tradisional.

Ini adalah kerana majoriti pengguna vape 84% mendapati bawah vape adalah alternatif yang kurang memudaratkan berbanding rokok tradisional. 

Penemuan ini adalah hasil daripada kaji selidik yang dilancarkan baru-baru ini oleh sebuah kumpulan advokasi pengguna vape tempatan, Malaysian Vapers Alliance (MVA). 

Bercakap mengenai hasil tinjauan ini, Khairil Azizi Khairuddin, Presiden Malaysian Vapers Alliance berkata, “Walaupun jumlah bukti kajian bebas semakin banyak membuktikan walaupun vape mempunyai risiko tetapi jauh lebih rendah kemudaratannya daripada merokok, kerajaan terus kategorikan produk vape sama kumpulan dengan rokok tradisional. Produk ini berbeza antara satu sama lain dan tinjauan kami membuktikan bahawa komuniti vape di Malaysia bersetuju mengenainya.”

“Vape telah pun berjaya merubah kehidupan jutaan perokok ke arah lebih baik secara global dan lokal dan kita boleh teruskan kejayaan ini jika satu rangka kerja yang membezakan produk dan berdasarkan bukti digubal. Peraturan mesti selari dan memastikan produk vape mudah diperolehi oleh perokok yang mahu bertukar kepada alternatif yang kurang memudaratkan dan memastikan produk ini tidak dipasarkan kepada golongan muda.” 

Penemuan oleh MVA ini menunjukkan bahawa pengguna vape mahukan peraturan yang selari dengan penggunaan dan keinginan mereka.

Sebagai contoh, 79% pengunaan vape mengatakan bahawa mereka menggunakan cecair vape yang mengandungi 40mg hingga 50mg nikotin. Jika peraturan tahap nikotin ditetapkan di bawah jumlah tersebut, 85% akanakan beralih untuk membeli cecair vape yang tidak dikawal selia. 

“Ini tidak ideal kerana cecair vape yang tidak dikawal undang-undang tidak terikat dengan sebarang tahap standard kualiti dan keselamatan.  Selain mewujudkan pasaran gelap untuk produk vape, perkara ini boleh menjejaskan keselamatan pengguna vape jika mereka memilik produk yang tidak dikawal,” Khairil menambah.

Kaji selidik yang dibuka kepada orang awam selama seminggu menyaksikan 1,000 pengguna vape berkongsi pandangan mereka berkenaan peraturan vape di Malaysia.

“Jarang kita berada di dalam proses pengubalan undang-undang terutamanya daripada awal pembikinan. Kita kini berdiri di posisi kritikal kerana bukan sahaja mempunyai peluang membangunkan satu set peraturan yang bukan saja memberi manfaat kepada ekonomi tetapi juga memenuhi permintaan komuniti cape tempatan yang kini berkembang melebihi satu juta orang,” kata Khairil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: