Universiti Teknologi Malaysia (UTM) komited untuk terus memainkan peranan dalam pembangunan negara dengan memberi tumpuan kepada pendidikan kemahiran.
Sebagai salah satu universiti berasaskan penyelidikan terkemuka di dunia, UTM berada di landasan yang tepat untuk mencapai objektif tersebut melalui program bekerja sambil belajar dengan kemudahan pembiayaan penuh pengajian.
Buat masa ini, antara program pengajian yang ditawarkan adalah Sijil Profesional Pengurusan Operasi (F&B and Early Childhood) yang sepenuhnya diiktiraf oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTMSpace) dalam tempoh 10 bulan.

Menariknya, peserta program pengajian ini tidak perlu membayar sebarang yuran malah diberikan elaun sebanyak RM700 sebulan.
Program pendidikan ini membantu peserta mendapat pengalaman berkerja dalam masa yang sama. Pengalaman ini sekali gus dapat membantu memudahkan para peserta dalam lapangan pekerjaan selepas tamat pengajian. Bukan itu sahaja, para peserta juga diraikan dalam satu majlis konvokesyen sama seperti penuntut universiti juga.

Dengan jaminan pekerjaan yang lebih cerah, program ini amat bersesuaian untuk sesiapa sahaja berumur 18 hingga 25 tahun. Permohonan terbuka bagi kemasukan February / March 2022.
Bagi anda yang berminat, permohonan boleh dibuat di https://forms.gle/rNVXCMwBhA33tLq26 atau hubungi Suffian Idris di talian 012-998161.