Terkini

Bazar Ramadan Lulu Hypermarket tawar potongan harga sehingga 50%

Shah Alam – Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Dato’ Rasol Wahid hari ini melancarkan Bazar Ramadan di Lulu Hypermarket, Setia City Mall Shah Alam.

Bazar jualan itu yang berlangsung hari ini sehingga 4 Mei nanti menawarkan potongan sebanyak 50% bagi barangan elektrik, elektronik, kelengkapan rumah dan diri.

Promosi tersebut bertujuan memberi pilihan barangan dengan potongan harga yang murah kepada rakyat khususnya ketika menjelang Ramadan dan Aidilfitri dan mengharapkan langkah itu turut diikuti oleh pasaraya lain.

Tambahnya lagi, bazar jualan itu turut mengetengahkan pelbagai produk tempatan dalam menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia sekaligus membantu memulihkan ekonomi usahawan tempatan.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bekalan bahan mentah menjelang bulan ramadan yang bakal tiba mencukupi namun masyarakat perlu bersedia dengan kenaikan harga yang berlaku atas beberapa faktor termasuk kenaikan makanan ternakan serta baja yang berpunca daripada Covid-19, banjir, kadar pertukaran mata wang serta peperangan.

“Bagi bekalan bahan mentah, kita mengadakan libat urus dengan MAFI, terutama berkaitan bekalan makanan utama antaranya beras, gandum minyak dan telur ayam.

“Insya-ALLAH rakyat tidak perlu bimbang, ia mencukupi menjelang puasa dan hari raya,” katanya kepada media pada Majlis Perasmian Bazar Ramadan 2022 @Lulu Hypermarket di sini.

Beliau turut menasihati rakyat agar tidak perlu risau kerana pihak kementerian akan berterusan memantau harga dan juga keberadaan barang dalam pasaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: