Gaya Hidup

Shopee menutup tirai 3.15 Hari Pelanggan pertama, dengan 5 kali ganda lebih banyak barangan dibeli dalam masa 2 jam pertama

KUALA LUMPUR- Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, dengan jayanya menutup tirai 3.15 Hari Pelanggan, jualan mega pertama tahun ini. Lebih ramai orang dapat membeli-belah dan memberi ganjaran kepada diri mereka bersama Shopee, dengan 5 kali ganda lebih banyak barangan dibeli dalam masa 2 jam pertama pada 15 Mac berbanding hari biasa. Lebih 36 juta baucar Shopee dituntut setiap jam pada 15 Mac, membolehkan pengguna berjimat dengan lebih banyak lagi untuk segala yang mereka perlukan.

Dengan lebih ramai pengguna meraikan 3.15, jenama-jenama dan para penjual dapat berhubung dan berinteraksi dengan pengguna secara lebih mudah. Pesanan di Shopee Mall meningkat 5 kali ganda berbanding hari biasa, ketika jenama-jenama menyaksikan peningkatan trafik ke Kedai Rasmi mereka. Perniagaan-perniagaan tempatan juga menyaksikan peningkatan jualan, dipacu oleh sokongan padu daripada para pembeli. Di Malaysia, penjual bekalan perubatan OneWorld PPE, penjual pelitup muka wiwutechnologies, dan penjual bekalan haiwan peliharaan Gun Pet Outlet muncul sebagai penjual-penjual terbaik pada 3.15 ini.

Para pembeli juga meraikan 3.15 Hari Pelanggan bersama Shopee di media sosial, dengan lebih daripada 560,000 interaksi direkodkan di saluran media sosial Shopee Malaysia semasa kempen berlangsung dari 3 Mac hingga 15 Mac. Pengguna-pengguna setia Shopee turut memenangi hadiah menarik menerusi inisiatif #ShopeeCelebratesYou di Facebook, Instagram dan Twitter, dengan para pengguna setia dikejutkan dengan baucar Shopee RM15 di Malaysia.

Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia berkata, “Kami berbesar hati melihat lebih ramai orang meluangkan masa untuk meraikan dan memberi ganjaran kepada diri mereka pada 3.15 Hari Pelanggan pertama kami. Para pengguna kami akan sentiasa menjadi teras dalam semua yang kami lakukan, dan kami berbangga untuk menjadi perintis bagi satu lagi hari istimewa untuk mereka dan berjuta-juta perniagaan di bawah perkhidmatan kami.

Tahun ini baru sahaja bermula, dan para pengguna boleh menantikan aktiviti yang lebih menarik untuk dinikmati pada bulan-bulan yang menjelang. Kami berharap dapat mencipta lebih nilai dan kegembiraan untuk semua pengguna kami pada tahun 2022.”

3.15 Hari Pelanggan di Malaysia

Di Malaysia, lebih ramai pembeli dapat merasai kegembiraan membeli-belah atas talian bersama Shopee. Khususnya, 3.15 Hari Pelanggan memberi peluang kepada para pengguna untuk menghargai diri mereka sendiri dan juga orang sekeliling.

Menariknya, pada 15 Mac, bilangan pembeli dari luar ibu-ibu negeri meningkat lebih daripada 6 kali ganda berbanding hari biasa, membuktikan peningkatan jangkauan bagi jualan mega ini.

Sorotan 3.15 lain di Malaysia termasuk:

Rakyat Malaysia meluangkan masa untuk berehat seketika bersama Shopee
○ Lebih ramai pengguna dapat menikmati nilai dan kepelbagaian yang ditawarkan oleh Shopee. Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kota Bharu merupakan bandar- bandar yang menyaksikan bilangan tertinggi bagi pengguna yang membuat pembelian buat pertama kali.
○ Kesihatan fizikal, penjagaan persekitaran dan kesejahteraan sosial adalah antara keutamaan rakyat Malaysia ketika mereka mengambil peluang untuk mengutamakan penjagaan diri sepanjang tempoh 3.15 Hari Pelanggan.
■ Kesihatan fizikal – Semasa tempoh jualan mega, pencukur dan krim pelindung matahari didapati popular dalam kalangan mereka yang ingin menjaga kulit. Peralatan membuat kek termasuk tepung berprotein tinggi dan bekas kek juga popular, memandangkan rakyat Malaysia memasak di rumah untuk mencari minat baharu.
■ Penjagaan persekitaran – Kertas dinding dan langsir menerima permintaan yang tinggi, berikutan semakin ramai rakyat Malaysia yang ingin mencantikkan rumah.
■ Kesejahteraan sosial – Sementara itu, pencinta haiwan peliharaan memanjakan haiwan kesayangan mereka dengan membeli makanan dan keperluan lain seperti pasir kucing dan pad latihan haiwan. Makanan ringan seperti bertih jagung dan sambal kacang ikan bilis juga menerima permintaan tinggi oleh rakyat Malaysia yang ingin meluangkan masa bersama keluarga tersayang sambil menikmati snek.

○ Secara keseluruhan, Kelengkapan Rumah dan Kediaman, Kesihatan dan Kecantikan serta Barangan Runcit dan Produk Haiwan Peliharaan merupakan kategori yang paling popular, dengan topeng penjagaan kulit, bekalan pembaikan rumah serta bekalan haiwan peliharaan mencapai jualan yang tinggi.
○ Ramai juga yang memberi ganjaran kepada diri mereka sendiri pada 3.15 Hari Pelanggan. Seorang pengguna membelanjakan lebih daripada RM247,000 untuk peralatan rumah seperti pelbagai jenis pembersih vakum dan TV pintar.

● Memberi dorongan yang diperlukan kepada perniagaan
○ 3.15 Hari Pelanggan merupakan hari membeli-belah terbesar separuh pertama tahun ini bagi pelbagai perniagaan:
■ Penjual-penjual tempatan menyaksikan peningkatan bagi trafik dan transaksi, dengan seorang penjual produk elektronik tempatan mencatatkan RM3.6 juta dalam nilai barangan kasar pada 15 Mac sahaja.
■ Para pengguna menemui dan membeli lebih banyak daripada jenama di Shopee Mall, dengan Xiaomi, Drypers, HABIB dan Kiehl’s menjadi kegemaran ramai. Mr.DIY menikmati peningkatan sebanyak 4 kali ganda dalam jumlah jualan pada 15 Mac.

Memberi lebih nilai menerusi ShopeePay dan ShopeeFood
○ Lebih ramai orang terus menikmati kemudahan pembayaran digital melalui ShopeePay. Pada 15 Mac, jumlah transaksi ShopeePay melonjak sebanyak 3.5 kali ganda.
○ Para pengguna juga menikmati lebih banyak penjimatan dengan peniaga-peniaga makanan tempatan kegemaran mereka, dengan lebih daripada 1 juta baucar ShopeeFood dituntut pada 15 Mac. Senarai makanan paling popular yang dipesan pada 15 Mac termasuk Tart Telur Portugis, Sate, Makanan Kopitiam, Tau Foo Fah dan Nasi Ayam.

Menyajikan lebih keseronokan dan hiburan kepada para pengguna
○ 4.4 juta tontonan telah direkod di Shopee Live, di mana para pengguna dapat berhubung dengan penjual, jenama dan selebriti tempatan.
○ Shopee Prizes dimain lebih daripada 31 juta kali, dengan rakyat Malaysia bermain dan mendapat lebih banyak hadiah serta Syiling Shopee.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: