Terkini

PAU2021: KJ optimis pembukaan sempada 1 April selamat

KUALA LUMPUR- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin optimis, pembukaan sempadan negara pada 1 April ini akan dibuat dengan selamat.

Jelasnya, pembukaan itu nanti tidak akan memberi tekanan kepada sistem kesihatan awam.

“Jika kita lihat di negara seperti Eropah, kadar jangkitan mencatatkan peningkatan, selepas 1 April Kementerian Kesihatan akan meneliti semula keadaan ini,

“Ini setelah lebih banyak kelonggaran yang diberikan seperti solat terawih, sambutan hari raya dan sebagainya samada kes melonjak naik atau tidak,” jelasnya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), hari ini.

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan supaya sempadan negara dibuka bermula 1 April ini.

Keputusan ini dibuat berdasarkan tiga perkara asas iaitu panduan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: