Jangan lepaskan peluang anda! Dari 14 Mac 2022 hingga 31 Disember 2022, Samsung Malaysia
menawarkan promosi Bundle yang penuh dengan perlindungan lanjutan apabila anda membeli
Penghawa Dingin Samsung terpilih.
Sama ada anda memerlukan penghawa dingin untuk rumah baru anda atau sudah tiba masanya untuk
menukar unit yang sedia ada, nikmati ketenangan fikiran dengan tawaran langganan Penghawa Dingin
Samsung, yang didatangkan dengan pelan penjagaan AC yang pelbagai. Anda tidak akan berasa
bimbang lagi kerana jaminan yang melebihi standard, serta perkhidmatan dan penyelenggaraan setiap
suku tahun untuk memastikan penghawa dingin kekal dalam keadaan baik.
Walaupun kekal sejuk pada hari yang panas menjadi keutamaan, penghawa dingin bukan sekadar untuk menyejukkan diri dan rumah sahaja. Sesuai untuk semua jenis isi rumah, Penghawa Dingin Samsung WindFree™ memberikan anda pengalaman penyejukan mudah yang akan membuatkan anda berasa selesa sambil menjimatkan tenaga – ia juga didatangkan dengan penapis khusus untuk memastikan udara di rumah anda bersih. Anda juga boleh memastikan penghawa dingin anda bersih tanpa perlu melakukan apa-apa – fungsi Auto Clean akan memudahkan hidup anda dengan membersihkan bahagian dalaman penghawa dingin secara automatik untuk menghalang pengumpulan bakteria dan bau. Bagi Penghawa Dingin S-Essential, anda tidak perlu menunggu lama untuk bilik anda mencapai suhu yang diingini – sesuai untuk melegakan diri anda setelah sehari suntuk berjalan di luar dalam masa yang singkat!
Lebih-lebih lagi, dengan penghawa dingin ini, anda boleh tidur lebih lena pada waktu malam melalui mod Good Sleep yang akan mengawal suhu dan kelembapan secara automatik untuk anda tidur dengan selesa dan bangun dengan rasa segar. Bagi pemilik rumah yang ingin membina kediaman impian anda, penghawa dingin Samsung ialah peralatan rumah pintar yang terbaik untuk anda.
Jadi, tunggu apa lagi? Layari https://shop.samsung.com/my/aircondition-easyinstallmentplan untuk
maklumat lanjut dan rebut penjimatan tersebut!