Gaya Hidup

Molek Cafe tawar bufet ramadan serendah RM21 sahaja

Tahun lalu, kedatangan bulan Ramadan agak suram ekoran seluruh negara menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha melandaikan penularan jangkitan Covid-19.

Disebabkan itu juga umat Islam perlu berbuka puasa di rumah dan tidak dapat membeli makanan di bazar Ramadan selain berbuka puasa di restoran serta hotel terkemuka bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Oleh itu tahun ini, negara yang telah memasuki fasa endemik, kebanyakan restoran dan hotel kembali dengan pelbagai promosi bufet Ramadan yang pasti membuatkan kita terliur.

Molek Cafe, Kuala Lumpur pertama kalinya menjemput pelanggan untuk berbuka puasa di restoran dengan pelbagai makanan yang dimasak oleh tukang masak terbaik dalam hidangan masakan ala kampung pelbagai negeri.

Hidangan yang patut dicuba jika ke Molek Cafe sudah tentu pelbagai jenis ikan bakar, sotong celup tepung, udang goreng rangup, asam pedas, gulai dan banyak lagi.

Tidak hanya itu, Molek Cafe turut menyediakan pelbagai ulam-ulaman, sambal dan lauk pauk ala kampung setiap negeri yang pastinya buat pelanggan ingin mencuba semua.

Menariknya, harga pakej berbuka puasa yang ditawarkan adalah antara paling murah di Kuala Lumpur iaitu hanya RM24 sahaja manakala kanak-kanan RM15. Bagi pelanggan yang membuat tempahan awal, boleh menikmati harga diskaun istimewa sebanyak RM21 dan kanak-kanak RM13 sahaja.

Pemilik, Mohd Azami Idris menjelaskan, tawaran harga berbuka puasa serendah bawah RM25 itu adalah bagi meraikan kedatangan bulan mulia dengan niat bersedekah di bulan Ramadan. Beliau juga berhasrat, bufet Ramadan pertama di restorannya itu dapat menjalinkan ukhuwah sesama islam dengan menikmati juadah yang pelbagai dengan harga mampu.

“Saya niat lebih kepada bersedekah di bulan baik ini untuk pelanggan menikmati juadah berbuka yang paling rendah namun hidangan yang disediakan adalah premium.

“Juadah kami sediakan adalah jenis ala kampung dan pastinya pelanggan boleh menikmatinya bersama keluarga dan sesuai untuk semua” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: