Gaya Hidup

Ola & Oli perkenal kempen ‘Kid’s Safe Travel’

Kuala Lumpur – Menitik beratkan kesihatan kanak-kanak, pakar audiologi, Dr Shasa Nur Ain kini melangkah setapak dengan menghasilkan produk makanan tambahan.

Set makanan tambahan, Ola & Oli itu diformulasi dengan pelbagai bahan semulajadi terbaik termasuk yis beta glucan yang di import dari German dan kolostrum. Selain itu, produk ini juga mengandungi madu multiflora, ekstrak elderberry serta diperkaya dengan vitamin A, B, C, D dan E.

“SupeOla Immu B+ itu dibuat bersesuaian dengan selera kanak-kanak yang tidak menggemari sayur-sayuran dan buah-buahan.

“Ibu bapa tidak perlu risau kerana tiada kandungan gula tambahan dan pasti disukai anak-anak sebab rasa coklat madu yang sedap” jelasnya.

Tambahnya, Ola & Oli juga kini tampil dalam bentuk set kotak yang mengandungi SupeOla Immu B+, krim pelindung cahaya matahari, tuala muka dan biskut coklat.

“Set kotak ini lengkap untuk persediaan setiap kanak-kanak untuk memulakan hari dan juga pergi bercuti.

“Kanak-kanak juga boleh bergembira sambil bercuti dengan bermain permainan mengumpul ikon animasi dalam aplikasi kami” katanya.

Sementara itu, kempen ‘Kid’s Safe Travel’, turut dilancarkan bagi menyuburkan semula budaya ‘mencegah lebih baik daripada merawat’ agar aktiviti pelancongan dapat dijalankan dengan selamat dan terkawal.

Travelog kanak-kanak pertama dengan animasi berteraskan budaya dan kesenian negara iaitu ‘Jom Kembara Utan’, diperkenalkan sebagai teknologi dalam kehidupan norma baharu membolehkan inisiatif Ola & Oli dicapai menerusi media digital mahupun media realistik.

Majlis dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Hajjah Nancy Shukri. Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Zain Mat Taha.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: