Terkini

MYDIN prihatin bantu golongan memerlukan dengan kempen ‘Senyuman Syawal’

Subang Jaya – MYDIN terus menggerakkan program tanggungjawab sosial korporatnya, MYDIN Prihatin bagi terus menyantuni golongan yang memerlukan terutamanya ketika menjelang bulan Ramadan dan sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Baru-baru ini MYDIN telah melancarkan kempen Senyuman Syawal dan MYDIN Prihatin Syawal yang majlisnya telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor pada 24 Mac lepas di MYDIN USJ, Selangor.

Kempen yang telah mendapat kerjasama 51 rakan pembekal strategik MYDIN antaranya Safeguard, Gillette, Oral B, F&N, Colgate, Adabi dan banyak lagi. Bermula 1 Mac sehingga 22 Mei ini, setiap pembelian produk-produk terpilih jenama tersebut, sejumlah dana 5 sen sehingga RM1.00 akan disalurkan ke dana MYDIN Prihatin.

MYDIN menyasarkan kutipan dana sehingga RM300 ribu bagi disalurkan kepada rumahrumah kebajikan anak-anak yatim serta warga emas yang berdaftar, golongan kelainan upaya, asnaf, gelandangan serta golongan sasar di seluruh negara bermula 7 April ini.

Menurut Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, “Tahun ini merupakan tahun keempat MYDIN menja n kefjasama dengan rakan-rakan pembekal bagi bersama-sama menyumbang kembali kepada masyarakat terutamanya apabila tiba musim perayaan.

Golongan B40 serta mereka yang memerlukan amat dekat di hati kami dan memaharw kesusahan mereka, kami mengambil inisiatif membantu mereka. Bantuan yang akan disalurkan termasuk barangan keperluan dapur dan rumah, baucar tunai, persa nan lengkap baju raya serta keperiuan-kepertuan lain’.

Orang ramai boleh mengunjungi cawangan MYDIN terdekat atau layari media sosial rasmi MYDIN Malaysia bagi mengetahui jenama-jenama rakan strategik MYDIN Prihatin serta produk-produk yang terlibat.

Turut hadir menyempurnakan majlis, YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan telah menyampaikan ucapan ringkas serta menyampaikan sumbangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: