Gaya Hidup

Lotus’s Malaysia pertingkat inisiatif #KitakanJiran untuk komuniti sempena Ramadan dan Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) rangkaian pasar raya besar yang terkemuka didorong oleh semangat #KitakanJiran untuk terus menzahirkan belas ihsan dalam bentuk barangan Lotus’s dan sumbangan makanan dan tenaga sepanjang bulan Ramadan dengan membantu lebih ramai orang, keluarga dan komuniti di seluruh Semenanjung Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada program komuniti #KitakanJiran, Lotus’s Malaysia memulakan sesi memasak pada bulan Ramadan bersama Food Aid Foundation untuk menyediakan juadah berbuka puasa yang sihat untuk 500 individu dan keluarga yang menghadapi masalah ekonomi di Kota Bharu, Kelantan. Sepanjang bulan April, sebanyak 2000 hidangan akan disediakan dan diedarkan dari tiga lagi stor Lotus’s iaitu di Sungai Dua, Pulau Pinang, Ara Damansara, Selangor dan Plentong, Johor Bharu. Makanan disediakan oleh sukarelawan dari Lotus’s Malaysia dan Food Aid Foundation dan diedarkan ke rumah-rumah komuniti B40 dan rumah anak yatim yang kini merupakan penerima program Lebihan Makanan Lotus’s yang sedang giat berjalan.

Sukarelawan stor Lotus’s Malaysia di Kelantan turut membantu sebuah masjid berhampiran iaitu Masjid Wakaf Tok Kassim di Tebing Tinggi dengan pemasangan permaidani baharu, langsir, sejadah dan penambahbaikan lain sebagai persiapan untuk menunaikan solat dan sambutan Aidilfitri. Para sukarelawan turut menganjurkan sesi berbuka puasa di masjid tersebut untuk penduduk sekitar.

“Kami amat teruja untuk kembali bersama-sama pada bulan istimewa ini untuk membuat perubahan di mana kami boleh melalui inisiatif #KitakanJiran Lotus’s. Kami ingin memberi manfaat kepada lebih ramai orang, terutamanya mereka yang memerlukan di sekitar kawasan di mana kami beroperasi dan ini merupakan satu akitivi untuk masyarakat dan semangat kejiranan yang kami suka lakukan. Kami amat bersyukur kerana kami dapat melakukan lebih banyak tahun ini daripada yang kami mampu lakukan pada dua tahun lepas”, kata Hanim Hamdan, Ketua Komunikasi dan CSR untuk Lotus’s Malaysia.

“Bekerjasama dengan rakan NGO yang dipercayai seperti Food Aid Foundation bukan sahaja memberi kami akses untuk menjangkau kumpulan yang kurang bernasib baik tetapi juga belajar daripada kepakaran mereka dalam penyediaan hidangan seimbang dan berkhasiat. Ia juga merupakan peluang untuk rakan sekerja kami di Lotus’s untuk lebih terlibat dalam kesukarelawanan melalui kerja amal yang merupakan sebahagian daripada semangat #KitakanJiran warga kerja Lotus’s”.

Dijangka pada tahun ini lebih banyak aktiviti sosial dan kekeluargaan semasa Aidilfitri akan berlangsung dan untuk menjadikannya lebih meriah untuk para pelanggan, Lotus’s telah membawa kembali harga semasa pra-covid #Imbasbalikharga2019 untuk barangan segar dan runcit terpilih dari 31 Mac 2022 hingga 25 Mei 2022. Lain-lain tawaran menarik juga termasuk koleksi pakaian Raya serendah RM29.90, dan Harga Rendah Segar Setiap Hari sehingga 26 Jun 2022 untuk ayam segar, udang, limau dan produk utama segar yang lain. Baharu dalam rangkaian rayanya yang boleh direbut termasuk peralatan hidangan Lotus’s, koleksi sejadah, sarung kusyen rekaan bercorak moden, alas letak serta pelari meja, koleksi bekas kayu & kaca serta produk elektrik jenama Lotus’s dan peralatan dapur USB.

Pada masa ini kesemua 64 stor Lotus’s telah dilengkapi dengan tong amal makanan untuk membolehkan pelanggan turut serta dalam sumbangan barangan keperluan sepanjang bulan Ramadan bagi menceriakan lagi sambutan hari raya yang bakal tiba untuk penerima terpilih termasuk rumah anak yatim, rumah orang tua, kumpulan ibu tunggal dan pelajar-pelajar dari keluarga B40.

Lotus’s juga bekerjasama dengan stesen radio terkenal HotFM dalam kempen 30 Ramadan, Ceria Untuk Komuniti Sebab #KitakanJiran, Baru Berseri Rasanya untuk mengedarkan pelbagai jenama barangan Lotus’s di 23 lokasi sekitar Lembah Klang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: