Terkini

Iftar RM3 seorang di Rumah Prihatin

KUALA LUMPUR- Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengajak selebriti dan orang awam untuk sama-sama menjayakan program Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons bagi menyantuni golongan asnaf.

Annuar berkata selebriti boleh memainkan peranan dengan menghadirkan diri ke program berkenaan atau menaja golongan asnaf seperti fakir miskin, anak yatim serta gelandangan dengan serendah RM3 seorang untuk berbuka puasa di Rumah Prihatin.


Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons adalah program berbuka puasa untuk orang awam terutamanya golongan kurang bernasib baik kelolaan Rumah Prihatin yang dibantu Sukarelawan Wilayah Prihatin (PRIVO) serta menghidangkan masakan “Chef” bertaraf hotel lima bintang.

“Saya harap lebih ramai artis yang popular (hadir) kerana mereka pempengaruh dan dapat mempengaruhi masyarakat ke arah yang positif seperti kebajikan, keprihatinan dan ke arah manusiawi sifatnya dan bukan hiburan semata-mata.

Saya mahukan kehadiran mereka secara fizikal dan ianya bermakna buat masyarakat. Tujuan (Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons) adalah untuk merakyatkan selebriti supaya mereka mengambil peluang pada Ramadan ini dan dapat membuat kerja-kerja amal tanpa berbelanja besar,” katanya.

Annuar berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons. Program itu akan berlangsung selama 21 hari bermula hari ini sehingga 1 Mei.

Seramai 305 orang pengunjung yang terdiri daripada penduduk sekitar, keluarga B40 pelbagai lapisan masyarakat serta 70 selebriti tanah air antaranya Datuk A Aida, Puteri Sarah, Jasper Suppiah, Hanna Qistina, Dilla Ahmad, Aisah Atan, Uncle Kentang, Ridwan Mustafa, Zoey Rahman, Nafiez Zaidi dan Afzan A Rahman hadir ke program itu hari ini.


Pada majlis berkenaan Annuar turut menyampaikan sumbangan kepada 18 pelajar dan dua penjaga Maahad Tahfiz Dhiya’ul Islah.

Sementara itu golongan korporat serta individu yang berminat menyertai atau menaja program berkenaan boleh hubungi talian bebas tol Rumah Prihatin 1 800 88 7997.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: