Samsung Galaxy A33 5G pasti buat anda teruja!
Ya, sudah pastinya kehadiran telefon pintar 5G di Malaysia amatlah dinanti-nantikan lebih-lebih lagi apabila ianya dilengkapi fitur terbaik dengan harga yang sangat berpatutan.
Samsung Galaxy A33 5G merupakan kesinambungan dari Galaxy A32 yang dilancarkan pada Mac tahun lalu. Kini, Samsung A33 membawa sejumlah peningkatan dan kemaskini yang lebih baik untuk pasaran global 2022. Peningkatan tersebut terdiri dari aspek jaringan perhubungan (connection), stabiliti foto dan video, hingga saiz dan warna pastel yang lebih ‘catchy‘. Jika dibandingkan dengan model A32 sebelum ini, perubahannya banyak yang telah dipertingkat, mulai dari non-5G (A32), sekarang jadi 5G (A33), dengan fitur OIS dan kalis air dan habuk.

Rekaan keseluruhan peranti menunjukkan persediaan kuad-kamera di belakang. Di samping, kamera swafoto tunggal yang diletakkan dalam lensa bersaiz kecil bersama skrin sejenis rata.
Saiz bezel adalah seimbang pada bahagian atas dan sisi. Ruang slot SIM juga diletakkan pada bahagian yang sama. Kemudian, butang kuasa dan laras audio pula pada sisi kanan.

Spesifikasi Samsung Galaxy A33 5G
Samsung A33 5G ditenagakan dengan chipset Exynos 1280. Chipset dengan fabrikasi 5 nm itu menawarkan CPU octa-core dengan capaian hingga 2,4 GHz dan GPU Mali-G68. Chip tersebut dipasangkan dengan tiga pilihan RAM/ruang penyimpanan, meliputi 6 GB/128 GB, 8 GB/128 GB, dan 8 GB/256 GB.

Sebagai model telefon pintar kelas pertengahan, dengan perincian skrin Super AMOLED HD penuh dilihat ianya adalah gajet yang pasti setara model kayangan. Selain itu, cip pemproses baru yang lebih bertenaga dan juga kini kalis air IP67 serta kamera utama ditambah penstabil optikal (OIS). Secara kasar, ia lengkap dengan ciri-ciri asas untuk telefon pintar kelas pertengahan.

Samsung turut mengesahkan Galaxy A33 akan menerima sokongan sehingga empat versi Android dan tampalan sekuriti selama lima tahun.
Harga pasaran Malaysia
Untuk harga pasaran Malaysia, Samsung mengesahkan ianya dijual pada harga: Galaxy A33 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,499. Terdapat empat warna menarik iaitu Peach, biru lembut, hitam dan putih.
Info: Set Samsung Galaxy A33 5G tidak didatangkan bersama kepala pengecas namun diberi kabel pengecasan type C.

Ia juga tidak memiliki butang untuk sambungan audio earphone dan headphone. Pengguna boleh membuat sambungan audio secara bluetooth.
Nak tahu kenapa rakyat Malaysia WAJIB memiliki Samsung Galaxy A33 5G? Nantikan artikel kedua kami hujung April nanti…