Terkini

JPK Akta Kawalan Tembakau dan Merokok harus mempertimbangkan input daripada pemain vape tempatan

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Kesihatan, Sains dan Inovasi yang telah memulakan satu siri prosiding untuk menyemak dan meneliti Rang Undang-undang Kawalan Tembakau dan Merokok, harus terbuka kepada pandangan daripada pemain industri vape tempatan, kata Persatuan Rokok Elektronik Runcit Malaysia (MRECA) dalam satu kenyataan hari ini.

MRECA berkata JPK seharusnya membenarkan pemain industri vape termasuk persatuan vape tempatan seperti MRECA untuk memberi pandangan mengenai Rang Undang-undang tersebut. Baru-baru ini di Parlimen pada pertengahan tahun ini dan RUU ini akan menyenaraikan juga larangan generasi (generation end game yang bertujuan melarang penjualan rokok, tembakau dan produk vape kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 2005.

Datuk Adzwan Ab Manas, Presiden MRECA berkata, “Walaupun industri mengalu-alukan langkah Kerajaan untuk memperkenalkan peraturan mengenai produk vape, perbincangan yang lebih terperinci diperlukan mengenai peraturan produk vape dan juga larangan penjualan produk vape pada masa hadapan.”

“Buat masa ini, Kementerian Kesihatan telah mengadakan perbincangan industri tempatan pada kadar yang sangat minima dan kebimbangan utama kami ialah Kementerian bercadang untuk memperkenalkan peraturan untuk mengawal selia vape dengan cara yang sama seperti produk tembakau.”

“Kerajaan perlu melihat bahawa produk tembakau dan produk vape adalah berbeza. Terdapat bukti yang jelas dari seluruh dunia bahawa produk vape adalah kurang memudaratkan berbanding produk tembakau. Ini adalah fakta yang perlu dipertimbangkan oleh Kerajaan dan undang-undang tidak boleh sama antara produk vape dan produk tembakau.”

Prosiding oleh JPK bermula pada 7 April 2022 dengan taklimat awal oleh Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai Rang Undang-undang tersebut.

“Rang undang-undang ini amat penting kerana ia akan menentukan nasib beribu-ribu usahawan dan pekerja tempatan dalam industri vape. Justeru, kami berharap pihak JPK akan memanggil kami untuk memberikan pandangan berhubung perkara ini. Kami juga menggesa Kementerian Kesihatan untuk mengadakan perbincangan yang lebih terperinci dengan pemain industri tempatan sebelum membuat keputusan muktamad.

Dato Adzwan juga mengulas bahawa panel pakar luar yang dilantik oleh JPK adalah tidak inklusif kerana hampir kesemua mereka diketahui telah menyatakan pendirian mereka untuk mendesak Kerajaan mengharamkan produk vape selama ini.

“JPK sepatutnya lebih inklusif dan tidak hanya melantik individu yang akan memberikan pandangan berat sebelah. Terdapat ramai pakar lain di peringkat antarabangsa yang akan memberikan pandangan yang lebih objektif berdasarkan sains dan bukti terutamanya mengenai sifat produk yang kurang memudaratkan jika dibandingkan dengan produk tembakau. Dengan cara ini perbincangan yang lebih mantap boleh dilakukan untuk mengimbangi peraturan untuk produk vape.”

Baru-baru ini, Pengerusi JPK telah melantik beberapa individu sebagai panel pakar luar yang terdiri daripada Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia 2018-2022, Pengerusi Action on Smoking dan Jawatankuasa Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia 2013 hingga 2022 Prof Datuk Dr Lekhraj Rampal, perunding pakar perubatan respiratori dan penasihat teknikal Kementerian Kesihatan mengenai kawalan tembakau, Dr Helmy Haja Mydin dan presiden MyWatch, Tindakan Wanita Malaysia terhadap Kawalan dan Kesihatan Tembakau Roslizawati Md Ali,Ketua penyelaras Pusat Sains Ketagihan (Pro-Kawalan Tembakau) Universiti Malaya, Dr Amer Siddiq Amer Nordin, Presiden Persatuan Perubatan Ketagihan Malaysia, Dr Steven Chow, Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Singapura, Wong Teu Hoon dan Ketua Eksekutif Pusat Kesihatan dan Sosial, Galen Azrul Mohd Khalib.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: