Terkini

Program Nur Ramadan santuni asnaf Lembah Pantai

KUALA LUMPUR — Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim hari ini menyantuni golongan asnaf pada Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan Peringkat Parlimen Lembah Pantai.

Penganjuran Program Nur Ramadan ini dilaksanakan secara kerjasama strategik di antara Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Wilayah Persekutuan, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan dan McDonald’s Malaysia.

Program ini bertujuan menyantuni golongan yang memerlukan disamping memupuk nilai kasih sayang dalam kalangan warga Kuala Lumpur di bulan Ramadan serta memperkukuh dan memperkayakan interaksi antara pihak Kerajaan bersama rakyat. Bagi Parlimen Lembah Pantai, seramai 145 orang penerima sumbangan yang terdiri daripada anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU dan mereka yang kurang berkemampuan Menerima bantuan wang tunai berjumlah RM200.00 seorang melalui peruntukan Tabung Amanah KWP dan Baitulmal MAIWP.

Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani menghulurkan sumbangan kepada Puan Kalsom Abd Kadir

Penerima juga turut menerima sumbangan barangan keperluan seperti periuk nasi, beras dan kurma yang melibatkan peruntukan sebanyak RM16,675. Dalam majlis yang sama, KWP turut menyumbangkan RM1,000 kepada 7 buah Masjid dan 3 buah Surau Jumaat di Parlimen Lembah Pantai dengan jumlah peruntukan sebanyak RM30,000 bagi mengimarahkan suasana Ramadan.

Secara keseluruhan Program Nur Ramadan kali ini, seramai 2,500 penerima sumbangan menerima bantuan wang tunai yang melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan. Pihak KWP turut menyumbangkan wang tunai berjumlah RM519,500 kepada semua 824 masjid, surau jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan bagi mengimarahkan suasana Ramadan. McDonald’s Malaysia juga turut berbesar hati menaja makanan moreh kepada kira-kira 8,500 orang sepanjang penganjuran program kali ini.

Selain itu, program ini diadakan bagi mengeratkan ukhuwah, perasaan kasih sayang dan persaudaraan yang teguh dalam diri setiap individu di Wilayah Persekutuan Program selari dengan Aspirasi Keluarga Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: