Terkini

KPDNHEP sumbang RM300 ribu gerak kempen ‘Jom Shop Raya’

Kuala Lumpur – Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Batu Road Retailers Association (BARRA) hari ini telah melancarkan program JOM SHOP RAYA @ J.T.A.R. bersempena Program Jualan Malaysia (PJM) Tahun 2022. Objektif program adalah bagi merancakkan aktiviti perniagaan musim perayaan selepas dua tahun berdepan fasa pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna, Dato’ Rosol Bin
Wahid, beliau menjelaskan program ini juga bertujuan membantu masyarakat yang ingin membeli belah persiapan hari raya tahun ini.

Tambahnya, KPDNHEP telah bersetuju untuk menyalurkan sumbangan sebanyak
RM300,000.00 termasuk baucar hadiah berjumlah RM200,000.00 kepada
pihak BARRA untuk menggerakkan kempen promosi jualan JOM SHOP
RAYA ini.

“Usaha ini dilakukan sebagai langkah untuk membantu mengurangkan bebanan
kos sara hidup yang dialami rakyat khususnya dari golongan B40 untuk membuat persiapan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“Program ini adalah salah satu usaha
berterusan kerajaan ke arah pemulihan ekonomi negara khususnya sektor
peruncitan selain mengembalikan keyakinan pengguna untuk keluar berbelanja di sekitar Jalan TAR” jelasnya dalam satu sidang media.

Program Jom Shop Raya ini di laksanakan selama sebulan bermula 16 April hingga 15 Mei 2022.

Ianya adalah kesinambungan konsep PJM sejak tahun 2020 iaitu Recovery (pemulihan),
Revitalise (merancakkan) dan Revive (menghidupkan semula) sektor peruncitan yang merupakan salah satu penyumbang utama kepada ekonomi rakyat dan KDNK negara.

PJM akan menawarkan jualan murah yang merangkumi Segmen Musim Perayaan, Segmen Jualan Mega, Jualan Akhir Tahun dan Segmen Jualan Khusus dengan lapan Program Utama yang telah dirancang dan diselaraskan oleh KPDNHEP di seluruh negara dan menyasarkan nilai jualan sebanyak RM 500 billion bagi sektor peruncitan pada tahun 2022.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: