Terkini

Majikan ingkar pelaksanaan gaji minimum RM1500 berdepan penalti – Saravanan

KUALA LUMPUR: Kerajaan berharap pelaksanaan kadar gaji minimum baharu iaitu sebanyak RM1,500 sebulan dapat memberi impak yang positif kepada negara.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Saravanan Murugan berkata, kerajaan yakin pelaksanaan ini mampu merancakkan kembali ekonomi negara dan motivasi pekerja.

“Dalam pada itu, kenaikan gaji minimum ini dijangka akan dapat menyumbang kepada pendapatan isi rumah yang lebih tinggi serta meningkatkan sumbangan pampasan pekerja terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 40 peratus,’’ jelasnya selepas menghadiri program berbuka puasa Kementerian Sumber Manusia di hotel Marriot, Putrajaya.

Beliau turut menambah, gaji minimum RM1,500.00 itu akan mula berkuat kuasa pada 1 Mei 2022. Pelaksanaan terpakai untuk majikan yang mempunyai minima lima orang pekerja atau lebih.

Dalam masa sama, beliau turut menjelaskan bahawa mana-mana majikan yang ingkar pelaksanaan ini bakal dikenakan penalti.

Datuk Seri Saravanan menjamin, penetapan kadar gaji minimum ini telah dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan pihak majikan, pekerja dan kerajaan bagi menjamin kelangsungan operasi syarikat di samping memastikan pekerjaan pekerja dapat dikekalkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: