Gaya Hidup

Reviu: Ini 10 sebab kenapa rakyat Malaysia WAJIB GUNA Samsung Galaxy A33 5G

Memiliki telefon pintar dengan fitur dan spesifikasi terbaik pada harga mampu milik adalah sesuatu yang mengujakan bagi sesiapa pun.

Malaysianews TV sekali lagi diberi peluang mencuba sendiri kehebatan Samsung Galaxy A33 ini, Apa yang boleh kami katakan ini adalah telefon pintar TERBAIK dan WAJIB ADA buat seluruh rakyat Malaysia. Kami benar-benar berpuas hati dengan kehebatan peranti ini dan rasa bangga memegang telefon pintar berwarna biru lembut yang sangat ohsem!

Kami rumuskan bahawa anda guna pakai Samsung Galaxy A33 ini dan rasai sendiri kehebatannya. Guna dulu, baru tahu!

Jom kami kongsikan 10 sebab kenapa rakyat Malaysia wajib guna Samsung Galaxy A33!

  1. Dilengkapi ciri-ciri inovatif baharu seperti jangka hayat bateri lebih lama, kalis air dan debu IP67 selain hadir dengan jaminan kemaskini sehingga empat generasi One UI dan juga Android OS.
  2. Peranti ini akan disokong sehingga ke Android 15 atau 16 selain Samsung turut menjanjikan kemaskini sekuriti selama 5 tahun untuk kedua-dua model ini. Wah…ini sangat menarik!
  3. Samsung Galaxy A33 5G ditenagakan dengan chipset Exynos 1280. Chipset dengan fabrikasi 5 nm itu menawarkan CPU octa-core dengan capaian hingga 2,4 GHz dan GPU Mali-G68. Chip tersebut dipasangkan dengan tiga pilihan RAM/ruang penyimpanan, meliputi 6 GB/128 GB, 8 GB/128 GB, dan 8 GB/256 GB.
  4.  Perincian skrin Super AMOLED HD yang pastinya membuatkan paparan lebih jelas dan cantik.
  5. Resolusinya juga tinggi iaitu 1080 x 2400 piksel (411 ppi).
  6. Kamera utamanya dilengkapi dengan kamera 48MP, kamera makro, kamera bersudut lebar dan kamera bokeh. Sementara kamera swafoto pula adalah 13MP.
  7. Diperkasakan dengan pemproses 5nm Octa-Core serba baharu, kamera berkuasa AI inovatif siri Galaxy A yang baharu menjadikan setiap imej kelihatan hebat – walaupun dalam keadaan pencahayaan malap.
  8. Mod ‘Improved Night’ akan mensintesis sehingga 12 imej dengan serentak secara automatik, untuk menghasilkan foto malam yang terang dan kurang hingar.
  9. Ciri 4K Video Snap untuk mengambil imej resolusi tinggi 8MP daripada rakaman video 4K.
  10. Terdapat empat warna menarik iaitu Peach, biru lembut, hitam dan putih yang pastinya membuatkan anda nampak hebat, bergaya dan bersahaja. Disokong pula dengan capaian internet 5G.

Nak tahu apa yang lebih menarik pada Samsung Galaxy A33?

Kehebatan ciri kamera

Ya, sudah tentulah pada kehebatan ciri-ciri kamera yang setanding telefon pintar kayangan. Spesifikasi kameranya dilengkapi ciri kuad-kamera belakang gabungan 48MP (f/1.8) – (Utama); 12MP (f/2.2) – (Ultra-Lebar); 5MP (f/2.4) – (Kedalaman) dan 2MP (f/2.4) – (Makro) sementara kamera swafoto 13MP.

Selain itu, ia disokong oleh OIS (optical image stabilization) dan zoom digital sehingga 10 kali ganda dan terdapat ciri 4K Video Snap untuk mengambil imej resolusi tinggi 8MP daripada rakaman video 4K.

Ketepatan dan tangkapan pencahayaan dalam keadaan lampu malap, menghasilkan foto menarik dan terbaik dari telefon pintar yang lain dengan ciri Night mode yang menggunakan pemprosesan multibingkai yang boleh memberikan hasil imej yang terang walaupun di dalam gelap.

Gambar nightmode dengan Samsung Galaxy A33

Paling menarik, telefon pintar ini boleh mencapai tahap zoom sehingga 10X dan disertakan ciri ultra lebar bagi memberikan pengalaman rakaman video lebih baik. Peranti ini juga dilengkapi ciri rakaman gerak perlahan (slow motion) dan super slow motion, hyperlapse, panorama dan potrait.

Keupayaan jelas foto 10x zoom

Satu lagi ciri menarik ialah ciri FUN dimana kamera ini dilengkapi lensa Snapchat yang unik menjadikan gambar dihasilkan menjadi pelbagai bentuk yang pelik dan menyeronokkan.

Hasil foto panorama yang lebih jelas dengan Samsung Galaxy A33

Ciri-ciri lain yang super hebat!

Memang banyak ciri-ciri hebat lain yang terdapat di telefon pintar ini. Samsung Galaxy A33 memiliki fitur yang sama level dengan telefon pintar berjenama yang lain.

Dari segi reka bentuknya pula, saiz bezel adalah seimbang pada bahagian atas dan sisi. Ruang slot SIM juga diletakkan pada bahagian yang sama. Kemudian, butang kuasa dan laras audio pula pada sisi kanan.

Didatangkan bersama kabel type C

Cuma, Set Samsung Galaxy A33 5G tidak didatangkan bersama kepala pengecas namun diberi kabel pengecasan type C. Ia juga tidak memiliki butang untuk sambungan audio earphone dan headphone. Pengguna boleh membuat sambungan audio secara bluetooth. Ternyata, Samsung kini menyokong sambungan tanpa wayar. Ianya lebih senang digunakan dan dibawa kemana sahaja.

Wah! Harga mampu milik

Jika di Malaysia, kita dapat lihat orang ramai sanggup berbelanja lebih untuk memiliki telefon idaman. Untuk apa kita berbelanja tinggi kalau kita boleh dapatkan telefon pintar dengan spesifikasi TERBAIK pada harga mampu milik. Orang kata, bijak membeli bijak berbelanja kan..

Untuk harga pasaran Malaysia, Samsung mengesahkan ianya dijual pada harga: Galaxy A33 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,499 sahaja. 

Reviu jujur kami

Sejujurnya, kami sangat suka dengan Samsung Galaxy A33 5G ini. Setiap rekaan ciri spesifikasi sangat-sangat bertepatan dengan kehendak pengguna pada masa kini. Rekaan rupa bentuk yang sofistikated dan trendy membuatkan lebih gaya pada pengguna. Pilihan warna yang lembut pula bersesuian dengan gaya ringkas tidak kira peringkat umur.

Dari segi harga, ianya memang mampu milik untuk semua. Dengan harga dibawah RM2000, anda mampu memiliki satu peranti 5G yang terbaik dari pelbagai aspek.

Bagi kami petugas media yang menggunakan 100% telefon pintar untuk foto dan video bagi semua tugasan berita dari masa ke semasa, Samsung Galaxy A33 adalah pilihan yang tepat. Yang pasti, hasilnya setanding telefon pintar level kayangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: