Bisnes

AirAsia X tawar kredit perjalanan yang boleh ditebus serta merta sempena penyambungan semula penerbangan

SEPANG – AirAsia X (AAX) terus komited untuk mengutamakan para tetamu dengan kredit perjalanan tertunggak dan mengesahkan bahawa semua tetamu yang terjejas kini boleh menggunakan akaun kredit untuk menempah perkhidmatan sedia ada dengan segera.

Dalam tempoh tiga bulan akan datang, semua tetamu yang mempunyai kredit yang tidak digunakan dengan syarikat penerbangan itu juga akan menerima baucar perjalanan secara automatik yang boleh digunakan untuk menempah perjalanan sehingga lima tahun melalui akaun airasia rewards mereka.

Selain itu, tetamu yang terjejas oleh proses penstrukturan semula juga bakal menerima bayaran balik secara sekali beri sebanyak 0.5% daripada nilai keseluruhan kredit perjalanan mereka yang tidak digunakan pada ulang tahun pertama Penstrukturan Semula Hutang AAX pada bulan Mac 2023, serta sebahagian daripada keuntungan AAX pada tahun akan datang.*

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata: “Kami mengutamakan para tetamu yang terjejas selama dua tahun ini kerana kami juga turut terkesan. Sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa, dua tahun kebelakangan ini adalah amat mencabar bagi kami dengan penutupan sempadan di seluruh dunia. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu di atas kefahaman dan kesabaran mereka. Kami telah menggunakan tempoh sekatan perjalanan tersebut untuk membina semula syarikat penerbangan ini supaya AAX dapat kembali dengan lebih kukuh pasca pandemik.

“Kami komited untuk mengutamakan para tetamu dan tidak sabar untuk mengalu-alukan mereka kembali terbang bersama kami dengan tambang bernilai hebat serta perkhidmatan dalam penerbangan terkemuka sempena pembukaan semula sempadan antarabangsa.”

Baru-baru ini, AAX telah melancarkan perkhidmatan pasca pandemik pertamanya dari Kuala Lumpur ke Sydney dan minggu lepas ke New Delhi dan Seoul. Perkhidmatan ini tersedia untuk tempahan menggunakan akaun kredit atau kredit perjalanan tertunggak untuk perjalanan sebelum 30 Jun 2022. Jika tiada sebarang tempahan dibuat dalam tempoh ini, kredit perjalanan tertunggak atau akaun kredit akan ditukar secara automatik kepada baucar perjalanan dan akan dikreditkan kepada tetamu dalam beberapa bulan akan datang, sah untuk tempahan perjalanan sehingga lima tahun.

Seperti dalam Penyata Penerangan yang telah diterima oleh semua Pemiutang (termasuk para tetamu) pada tahun lepas, tawaran kredit perjalanan kepada para tetamu yang terjejas oleh Penstrukturan Semula Hutang tersebut adalah mengikut budi bicara pengurusan AAX dan tertakluk pada terma dan syarat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: