Gaya Hidup

Ulang Tahun kelima doTERRA Malaysia terus beri impak positif kepada komuniti tempatan

Kuala Lumpur — Syarikat berasaskan kesihatan dan kesejahteraan terkemuka, doTERRA
baru-baru ini telah meraikan ulang tahun kelima di Malaysia menerusi acara maya yang menghimpunkan lebih 12,000 rakan-rakan, pelanggan dan kumpulan Penasihat Kesihatan (Wellness Advocates).


Acara tersebut mengimbau semula pencapaian-pencapaian jenama tersebut, termasuk pertumbuhan 400% dan sumbangan bernilai lebih RM700,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan kepada pelbagai
organisasi-organisasi amal antara lain seperti Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), TENAGANITA, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Global Shepherds.


Antara inisiatif amal jenama doTERRA termasuk, kempen EngageInGood 2.0 yang dilaksanakan dengan kerjasama NGO tempatan, Hope Selangor, di mana doTERRA menderma RM50,000 bagi menyediakan
bantuan makanan kepada keluarga kurang berkemampuan di Lembah Klang dan Selangor semasa wabak, dan juga RM23,000 pada Disember 2021 untuk usaha bantuan banjir.
Pada majlis itu, Ethan Wang, Pengurus Besar doTERRA Malaysia, menzahirkan rasa syukur di atas sokongan yang berterusan dan menekankan bahawa kejayaan doTERRA di Malaysia terletak pada kepercayaan dalam pemerkasaan, menggalakkan kemakmuran bersama serta membolehkan pertumbuhan komuniti secara kolektif.


“Sejak lima tahun lalu, doTERRA telah melancarkan lebih daripada 67 minyak esensial tunggal, 43 minyak campuran, 33 produk penjagaan diri, tujuh produk makanan,” kata Wang. doTERRA juga berkembang pesat dengan lebih 60,000 Pelanggan Borong dan kumpulan Penasihat Kesihatan yang telah mencuba dan menggunakan sendiri minyak esensial doTERRA. Pertambahan ahli-ahli dan para pemimpin bermakna kami boleh menyokong lebih banyak komuniti dan memberi impak positif kepada kehidupan mereka.


Hasrat kami ingin memperkasakan lebih ramai orang, meningkatkan kualiti hidup dan berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih baik,” kata Wang.


Majlis itu juga menyaksikan penyampaian cek bernilai RM30,000 kepada Global Shepherds Berhad, sebuah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan yang menyediakan perkhidmatan sokongan sosial kepada bukan warga Malaysia yang menjadi mangsa keganasan berasaskan jantina, dan penderaan lain di samping eksploitasi pengabaian.


Brittocia Franklin, Pengarah Eksekutif Global Shepherds Berhad, menyatakan bahawa kerjasama dengan doTERRA membantu Global Shepherds meningkatkan usaha anti-pemerdagangan manusia di Malaysia.


Franklin berkata, “Kami sedar impak positif apabila organisasi seperti doTERRA, yang berkongsi visi yang sama dalam menyembuhkan pesakit, bekerjasama dengan kami dalam menyokong pemulihan mangsa
pemerdagangan untuk kembali meneruskan hidup bersama masyarakat. Hope Touch, minyak aromaterapi keluaran doTERRA, kini digunakan sebagai salah satu pendekatan terapi dalam memberikan sokongan kepada mangsa.


doTERRA juga telah melancarkan ‘Deep Blue Skin Care Stick + Copaiba’ pada majlis tersebut. Disebati dengan gaulan doTERRA Deep Blue® Essential Oil yang mengandungi minyak esensial CPTG® Certified Pure Therapeutic Grade, ianya sesuatu yang harus dimiliki oleh individu yang aktif. Ia memberikan kelegaan jangka masa pendek untuk sakit-sakit otot dan sendi sementara memproses rasa sensasi yang sejuk dan menenangkan kepada pengguna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: