Politik

MIC sedia terima calon India Muslim pada PRU15

KUALA LUMPUR – MIC tiada masalah dan bersedia untuk menerima ahli dari India Muslim bagi menyertai parti itu.

Dalam pada itu, parti juga turut menerima calon dari kalangan India Muslim untuk bertanding mewakilinya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika diperlukan.

Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran, berkata perkara itu sudah dibincangkan dengan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti, baru-baru ini.

“Kita memang tiada masalah. Jika ada tempat yang kita mempunyai tekanan, harus ada calon Islam atas sebab-sebab tertentu, kita bersedia kerana kita ada calon India Muslim yang boleh bertanding.

“Asalkan calon itu layak untuk bertanding, kita tiada masalah, untuk pengetahuan sekarang kita juga ada beberpa ahli India Muslim dan kita bukanlah semata-mata parti untuk yang beragama hindu sahaja” jelasnya kepada media selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Presiden MIC di sini hotel Sofitel, Petaling Jaya.

Turut hadir, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M.Saravanan.

Vigneswaran turut berikrar selain memastikan hak kaum India, parti itu akan terus menjaga dan membela nasib masyarakat India Muslim di negara ini.

Beliau juga memberi jaminan bahawa anak India Muslim akan menerima hak sama rata dalam pemberian biasiswa dan pinjaman Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), entiti milik MIC.

“Antara isu yang kami fokuskan untuk dibantu adalah berusaha menyelesaikan isu kewarganegaraan India Muslim yang masih tidak memiliki kad pengenalan.

“Kebanyakkanya ada yang telah berdepan masalah ini lebih 30 tahun, dan kita akan bantu juga dari segi pendidikan dan pekerjaan yang sebelum ini sukar atas sebab tiada status kerakyatan” tambahnya lagi.

Menyentuh keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang ingin bergerak secara solo pada PRU-15, Vigneswaran berkata setakat ini, MIC bersetuju malah sedia menerima kerjasama dengan parti lain selepas pilihan raya itu jika ada yang berhasrat menyertai BN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: