Terkini

JKR perjelas RM519 juta selenggara Istana Negara

Kuala Lumpur – Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila netizen mengetahui bahawa sebuah syarikat pemegangan pelaburan ditawarkan kontrak bernilai RM519 juta untuk kerja-kerja menyelenggara Istana Negara.

Mereka mempertikai tindakan kementerian kerja raya yang menggunakan peruntukan sebesar itu, menganggap kerajaan gagal menggunakan duit pembayar cukai dengan baik.

Susulan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) tampil memberi respon berhubung kecaman yang dilemparkan orang ramai.

Menurut JKR kerja-kerja menyelenggara Istana Negara berjumlah RM519 juta merupakan kontrak semasa selama tujuh tahun yang akan berakhir pada 30 Jun tahun ini.

“Skop kontrak adalah meliputi kawasan yang berkeluasan 241.3 ekar, merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Formal (Balairong Seri, Dewan Bankuet, Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja) dan Komponen Diraja (Kamar Peraduan, Kamar Santapan, Bilik Tetamu Diraja).

“Selain itu, Komponen Pentadbiran (Pejabat Pentadbiran dan Keselamatan, Surau, bangunan sokongan dan lain-lain) dengan keseluruhan keluasan lantai kasar sebanyak 89,525 meter persegi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelas JKR lagi, kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan yang dilaksanakan adalah berpandukan kepada Garis Panduan Penyenggaraan Berjadual Bangunan Kerajaan (Versi 2008) yang ditetapkan JKR.

Kos yang diterbitkan daripada senarai kuantiti juga katanya adalah berasaskan kepada keperluan pengoperasian.

Tambah JKR lagi, segala kemudahan di premis tersebut perlu sentiasa dikekalkan dalam keadaan terbaik.

“Ini sesuai dengan kedudukan premis berkenaan sebagai bangunan peringkat kebangsaan yang melambangkan kedaulatan, identiti, kebudayaan dan imej negara,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: