Bisnes

Urus niaga ASNB akan ditangguhkan dari 4 hingga 7 Jun 2022

Kuala Lumpur – Pastikan keperluan tunai mencukupi sepanjang tempoh penangguhan operasi ASNB secara manual di kaunter-kaunter dan semua platform online iaitu pada 4 hingga 7 Jun 2022.

Ini kerana ASNB akan melaksanakan proses migrasi ke sistem baharu bagi meningkatkan pengalaman pelaburan para pelabur.

Laksanakan transaksi ASNB anda sebelum 3 Jun 2022. Pelabur yang ingin membuat pengeluaran secara dalam talian, buatlah transaksi lebih awal agar pembayaran dapat diterima sebelum tarikh penangguhan.

Tarikh urus niaga terakhir bagi semua unit amanah adalah pada 3 Jun 2022 kecuali bagi ASN Equity 5, ASN Equity Global, ASN Imbang 3 Global dan ASN Sara 2 yang berakhir lebih awal iaitu pada 2 Jun 2022.

Penangguhan urus niaga ini melibatkan semua unit amanah ASNB di semua saluran ASNB iaitu kaunter cawangan ASNB dan ejen-ejen seluruh negara serta saluran elektronik dan dalam talian termasuk portal dan aplikasi myASNB, perbankan internet ejen-ejen iaitu Maybank2u, CIMB Clicks, RHBNow, Affinonline, AmOnline dan HLB Connect, mesin kiosk di cawangan ASNB serta Mesin Juruwang Automatik (Automated Teller Machine) di Maybank dan CIMB Bank.

Urus niaga di semua saluran iaitu kaunter dan platform dalam talian akan dibuka semula pada 8 Jun 2022.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: