Sukan

Bekas striker Selangor tenat, dirawat di HUKM

Kuala Lumpur – Bekas penyerang bolasepak Selangor Mohd Fareed Shah Hassan kini dilaporkan berada dalam keadaan tenat dan sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras. 

Berita dukacita ini dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Persatuan Bekas Pemain Selangor, yang memaklumkan tahap kesihatan Mohd Fareed yang menderita komplikasi berkaitan usus semakin merosot. 

“Assalamualaikum.. Menerima perkhabaran yang mendukakan.. Sahabat kita Mohd Fareed shah kini dikhabar kan  sedikit tenat di hospital HUKM Cheras. 

“Sesiapa yang ada kelapangan dan berhajat untuk menziarahi beliau bolehlah ke WAD 5B. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan sahabat kita ini,” menurut laman Facebook itu, hari ini. 

Sebelum ini, media melaporkan berita Mohd Fareed gigih mencari rezeki meskipun disahkan menghidap penyakit usus bocor pada tahun 2015.

“Kepada yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban beliau bolehlah menyalurkan sumbangan kepada akaun isteri beliau seperti yang tertera di bawah. Semoga kita semua dirahmati Allah,” katanya. 

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank isterinya 164838116712.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: