Terkini

Stesen ECRL akan dibina di Puncak Alam

Kuala Selangor – Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan kelulusan bagi pembinaan stesen Jajaran Utara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam.

“Tempoh hari saya ada berjumpa dengan gabungan pengerusi-pengerusi penduduk di Puncak Alam. Mereka ada menyuarakan hasrat warga Puncak Alam untuk membina stesen ECRL di Puncak Alam.

“Oleh yang demikian, saya telah mohon pihak berkaitan untuk memberi pertimbangan rapi terhadap permintaan stesen ECRL ini, dan Alhamdulillah ianya telah diluluskan dan insya-Allah akan ada stesen ECRL di Puncak Alam ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat Kuala Selangor, malam tadi.

Tengku Zafrul menjelaskan, bagi pembinaan stesen ECRL yang lain, pengumuman akan dibuat pada waktu yang sesuai.

Sementara itu, Tengku Zafrul juga mengumumkan hasratnya menjadikan Kuala Selangor sebagai daerah angkat Kementerian Kewangan, bagi merealisasikan kemajuan daerah itu semaksimum mungkin ke hadapan.

“Saya secara peribadi sememangnya sedikit sentimental dengan daerah Kuala Selangor ini. Memang banyak potensi tempatan yang boleh dikembangkan dan diketengahkan,” katanya.

Beliau berkata, semua kementerian serta agensi kerajaan akan terus memberi bantuan kepada semua sektor dan kawasan ekonomi di negara ini, termasuklah di Kuala Selangor.

Ditanya kemungkinan bertanding di Kuala Selangor untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Tengku Zafrul berkata, buat masa ini fokusnya adalah di Kementerian Kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: