Terkini

Pengeluaran KWSP bukan jalan selesai isu kenaikan kos sara hidup – Pemuda UMNO

Kuala Lumpur – Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan satu-satu jalan untuk menyelesaikan isu kenaikan harga dan kos sara hidup ketika ini, kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketua Pemuda Umno itu, berkata isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang mendadak ketika ini, perlu pendekatan berbeza bersifat holistik termasuk intervensi kerajaan yang tepat terhadap rantaian bekalan makanan asasi rakyat.

“Selain itu, karenah birokrasi di peringkat bawah juga perlu ditangani segera bagi memastikan apa jua bantuan kepada rakyat termasuk subsidi dapat disampaikan secara berkesan,” katanya menerusi Facebook.

Asyraf Wajdi berkata demikian susulan ramai pihak memintanya memperjuangkan sekali lagi pengeluaran KWSP dalam mendepani isu kenaikan harga barang.

Katanya, beliau sudah menegaskan bahawa pengeluaran RM10,000 KWSP sebelum ini, adalah yang terakhir bagi memenuhi tuntutan rakyat yang susah untuk memulakan kehidupan baharu pasca Pandemik.

“Justeru pengeluaran KWSP tidak boleh dijadikan satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu harga barang dan kos sara hidup yang meningkat mendadak ketika ini,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata, beliau akan bertemu dengan beberapa persatuan penternak ayam di kalangan Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) dan wakil Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ke pejabat Pemuda Umno, hari ini.

“Ia untuk berbincang mengenai isu-isu melingkari mereka untuk diangkat kepada Kerajaan.

“Insya-Allah Pemuda Umno akan terus bersuara bagi pihak rakyat dan bersedia menjadi penghubung kepada kerajaan agar suara hati rakyat benar-benar didengari mereka,” katanya. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: