Terkini

Bella hadir prosiding pengecaman di mahkamah hari ini

Kuala Lumpur – Remaja kurang upaya (OKU) Bella yang didakwa menjadi mangsa penderaan di bawah jagaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dijadual hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Bella akan dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk melakukan sesi pengecaman terhadap beberapa saksi kes berkenaan, juga pengecaman saksi ke atas Bella, lapor MalaysiaGazette.

Remaja OKU yang kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Seremban sepatutnya hadir pada 31 Mei lalu untuk prosiding berkenaan.

Bagaimanapun, ia terpaksa ditangguhkan kerana remaja Sindrom Down tersebut demam.

Sesi hari ini juga akan bersambung dengan pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan terhadap saksi kelapan Suhana Zam, 40.

Saksi berkenaan yang merupakan Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman adalah kawan kepada Siti Bainun yang dikenali sejak 10 tahun yang lalu ketika bertugas di Menara Dato’ Onn.

Beliau mula dipanggil untuk memberi keterangan kepada mahkamah pada 31 Mei lalu.

Saksi tersebut memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau nampak Bella baring di lantai bilik dobi dalam kondominium di Wangsa Maju tanpa dialas dengan selimut dan tilam, selain terdapat kesan lecur pada leher mangsa.

Saksi juga memberitahu Bella ditinggalkan seorang diri beberapa kali di kondominium tersebut semasa kesemua penghuni keluar untuk berlibur dan mengambil gambar.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: