Sukan

FAM seru penyokong ‘serbu’ Stadium Bukit Jalil malam ini

Kuala Lumpur – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyeru penyokong terus membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang aksi terakhir Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 menentang Bangladesh, malam ini.

Hamidin berkata, barisan pemain perlu cepat bangkit daripada kekalahan di tangan Bahrain dengan memberikan perhatian penuh kepada pertemuan ke atas pasukan di ranking ke-184 dunia itu.

“Harimau Malaya memerlukan sokongan daripada rakyat Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob juga setia turun ke stadium untuk terus memberikan sokongan padu kepada pasukan kebangsaan.

https://4a431cbabbac6173f7b047fdd1da3d4a.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

“Lupakan aksi dengan Bahrain dan fokus menentang Bangladesh kerana saya kekal optimis peluang kita untuk layak ke Piala Asia masih lagi terbuka di mana tiada istilah buat Malaysia untuk menyerah awal.

“Jadi, ayuh penuhi Stadium Nasional dan saya berharap gelanggang malam esok akan menjadi lautan hitam kuning kerana saya yakin elemen pasukan kebangsaan dan penyokong sentiasa menjadikan perbezaan tersendiri dalam aksi perlawanan nanti,” katanya dalam hantaran di Facebook FAM.

Untuk rekod, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon berpeluang cerah untuk menamatkan penantian 43 tahun ke Piala Asia secara merit sekiranya berjaya mengutip tiga mata berharga ke aras Bangladesh nanti.

Menurut hantaran terkini FAM, jualan tiket skuad Harimau Malaya menentang Bangladesh telah terjual sebanyak 30,718 tiket pagi tadi. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: