Hiburan

Filem animasi Disney Lightyear ada unsur LGBT, petisyen pengharaman dilancar

Filem animasi Disney Lightyear keluaran Pixar dan Disney adalah ‘spin-off’ dari filem Toy Story yang menjadi kegemaran ramai kanak-kanak seluruh dunia bagaimanapun filem animasi itu didapati mengandungi usur LGBT, satu petisyen pengharaman telah dilancar.

Unsur homoseksualiti telah diterapkan di dalam filem ini melalui watak wanita Hawthorne yang mempunyai hubungan bermakna dengan wanita lain. Hubungan mereka digambarkan melalui ciuman sesama jantina.

Arab Saudi, Kesatuan Emiriah Arab (UAE) dan Kuwait telahpun mengharamkan tayangan filem ini.

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar di facebooknya telah melancarkan petisyen pengharaman Filem animasi Disney Lightyear.

Beliau turut memanjangkan petisyen tersebut kepada Pengerusi Lembaga Penapisan Filem Malaysia Dato’ Haji Mohd Dusuki bin Hj Ya’acob agar mengambil maklum hal ini.

Menurut Dr Rafidah, dalam tahun 2017 beliau dan beberapa sahabat telah menulis kepada LPF dan KDN agar tidak membenarkan tayangan Beauty and The Beast Disney kerana pengarah Beauty and The Beast sendiri yang mengesahkan adanya adegan gay. GSC dan Disney dilaporkan merayu agar tayangan dibenarkan dan tiada adegan dipotong.

“Panel rayuan LPF meluluskan permintaan mereka.

“Kini Eksekutif Disney “berikrar” untuk 50% watak-wataknya membawa karakter gay dan Pixar memasukkan “same-sex-kissing”,” kata beliau.

Namun katanya, setakat ini belum ada kenyataan rasmi dari Lembaga Penapisan Filem lagi, yang ada hanya dari sumber tidak rasmi memberitahu media.

“Saudara dan saudari, para ibubapa tidak kira bangsa dan agama, marilah menolak sebarang indoktrinasi eligibiliti ke atas anak-anak kita melalui kartun kegemaran mereka.

“Oleh kerana itu, saya telah memulakan petisyen ini untuk dibawa ke perhatian Lembaga Penapisan Filem Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

Katanya, dalam satu mesyuarat dalaman di mana video perbincangan telah dibocorkan, Pengarah Eksekutif Animasi Latoya Raveneau berkata pasukannya tidak lagi berahsia dalam mengimplementasikan agenda gay dan secara berkala menambah Querness (sebahagian dari LGBTQ) dalam rancangan kanak-kanak.

Karey Burke, Presiden bagi kandungan hiburan Disney (Disney’s General Entertainment Content) berkata Disney mesti memastikan kandungan filem mereka banyak mengandungi karakter LGBTQIA (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender, Queer, Interseks dan Allies). Beliau mengaku mempunyai 2 anak dari golongan Queer (pansexual dan transgender).

Taman tema Disney juga telah tidak menggunakan gantinama jantina binari seperti “ladies and gentlemen, boys and girls” dalam polisi gender-inklusif mereka.

“Malaysia tidak menerima LGBTQA sebagai suatu gaya hidup kerana kita berpegang kepada Islam sebagai Agama Persekutuan, Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh kerana itu, petisyen ini mendesak agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia mengharamkan tayangan filem Lightyear di Malaysia sebagai pernyataan rasmi dan tegas terhadap ideologi yang disebar melalui kartun dan animasi.

“Bahkan KDN dan LPF harus peka terhadap sebarang produk Disney di masa-masa hadapan kerana polisi mereka yang telah berubah.

“Walaupun di era ini, terdapat kaedah lain untuk sesiapa sahaja cuba mengakses filem-filem yang telah diharamkan (tindakan private domain), pengharaman oleh KDN dan LPF adalah satu pernyataan polisi yang tegas dalam ruang lingkup public domain yang memberi isyarat kepada kedua-dua pihak iaitu pengeluar filem dan masyarakat Malaysia akan nilai-nilai kekeluargaan kita yang tidak boleh dikompromi dengan ideologi LGBTQA yang dipaksakan ke atas anak-anak kita melalui kartun dan animasi,” kata beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: