Terkini

KEMAS diiktiraf jenama paling dipercayai oleh Readers Digest

Kuala Lumpur – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terus menerima pengiktirafan sebagai jenama yang dipercayai oleh Readers Digest dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di negara ini buat kali ketiga.

Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata transformasi diperkenalkan KEMAS dalam pendidikan awal kanak-kanak termasuk pendigitalan dalam pembelajaran membuktikan pendidikan awal kanak-kanak di bawah KEMAS seiring peredaran semasa.

“Semasa pandemik Covid-19, pelbagai transformasi dilaksanakan KEMAS dalam memastikan pembelajaran dan pengajaran di rumah (PDPR) secara dalam talian membolehkan pelajar mengikuti PDPR dengan lebih tersusun dan sistematik.

“PDPR secara dalam talian juga mampu memastikan pelajar KEMAS tidak ketinggalan dalam pembelajaran sekali gus memberi keyakinan kepada ibu bapa dalam memilih dan mempercayai KEMAS sebagai pendidikan awal kanak-kanak,” katanya ketika hadir menerima anugerah itu bagi pihak KEMAS di ibu negara.

Ujar Abdul Rahman, penilaian Readers Digest berteraskan kepada tujuh aspek iaitu kualiti, inovasi, mutu dan tanggungjawab sosial, kebolehpercayaan, kredibiliti dan memahami kehendak pengguna.

“Kaedah pengukuran kualiti dan penilaian persepsi ke atas pengguna yang dilaksanakan Readers Digest berbentuk subjektif ini membuktikan penilaian telus serta tiada unsur paksaan kepada pengguna untuk meletakkan jenama tertentu dalam soal selidik yang dibuat,” katanya.

Pada majlis tersebut, Abdul Rahman menerima Trofi Pengiktirafan daripada Sheron White, Pengarah Pemasaran dan Pengiklanan Asia Pasifik Readers Digest.

Abdul Rahman yang turut mewakili pihak kerajaan merakamkan tahniah kepada seluruh pengurusan KEMAS serta 10,206 orang Pendidik Masyarakat Tabika KEMAS dalam memastikan KEMAS terus mendapat kepercayaan dan keyakinan Keluarga Malaysia dalam pendidikan awal kanak-kanak.

“Sesi Libat Urus KEMAS, Ibu bapa dan masyarakat setempat secara berterusan dalam program dan aktiviti melibatkan pendidikan awal kanak-kanak akan diteruskan dan ditingkatkan.

“Ia demi memastikan kepercayaan ini terus kekal sekali gus memartabatkan institusi pendidikan awal kanak-kanak di bawah KEMAS terus unggul di persada pendidikan negara,” ujar beliau lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: