Terkini

Sultan Selangor umum Persiaran Institut ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub

Shah Alam – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar nama Persiaran Institut di Seksyen 1, Shah Alam ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub, bersempena nama pengarah pertama Institut Teknologi Mara yang kini dikenali Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Istana Alam Shah memaklumkan titah Sultan Selangor itu telah diluluskan dan dikuatkuasakan serta merta oleh kerajaan negeri Selangor menerusi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Pertukaran nama persiaran ini merangkumi jalan sepanjang 1.62 kilometer yang bermula dari Bulatan Bistari Seksyen 2 (di hadapan pintu masuk utama UiTM) hingga persimpangan lampu isyarat (berhampiran Universiti Selangor) Seksyen 7, Shah Alam,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, penukaran nama persiaran tersebut adalah bagi mengenang jasa Arshad yang juga tokoh pendidikan negara dihormati dan disegani serta banyak berjasa dalam memperkasakan sistem pengajian tinggi di negara ini khususnya pembangunan UiTM.

Arshad meninggal dunia pada 14 Jun lepas di usia 93 tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: