Bisnes

J&T Express lancar jaringan di Mesir, luaskan lagi jejak global

Kuala Lumpur – J&T Express (“J&T”), sebuah syarikat logistik ekspres antarabangsa, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan secara rasmi jaringannya di Mesir. Ini merupakan satu lagi langkah penting dalam pengembangan J&T di wilayah Timur Tengah Afrika Barat (MENA), susulan pelancaran jaringan Syarikat ini di UAE dan Arab Saudi serta pengumuman penubuhan taman logistik pintar di Riyadh. Pengembangan yang terkini ini membawakan liputan jaringan global J&T Express kepada sejumlah tiga belas negara, meluaskan jaringan penghantaran globalnya ke pasaran-pasaran Afrika di luar Asia dan Amerika Latin.

E-dagang di wilayah MENA pantas bersaing dengan syarikat-syarikat berpengaruh bertaraf global. Mesir, sebagai negara Arab yang paling padat penduduknya, mewakili salah satu ekonomi yang paling pelbagai di wilayah MENA. Jumlah hasil e-dagang di Mesir dilaporkan mencecah $5 bilion pada tahun 2021. Sejajar dengan Strategi e-Dagang Nasional, Mesir bercita-cita untuk memanfaatkan kuasa e-dagang bagi membantu memangkinkan inovasi, pertumbuhan dan kemakmuran sosial dalam ekonomi digital. Pasaran e-dagang yang berkembang pesat ini membawakan peluang-peluang yang penting untuk industri logistik ekspres. J&T Express telah menubuhkan sebuah pusat pengisihan dan 10 pusat pengedaran, dengan jaringan pengedarannya meliputi seluruh negara kecuali kawasan perintah ketenteraan Sinai Utara. Susulan penembusan syarikat ini ke Amerika Latin tahun ini, ia merupakan satu langkah yang penting untuk syarikat ini terus memupuk selanjutnya pasaran-pasaran baru muncul dan meluaskan jejak globalnya yang strategik.

Charles Hou, Naib Presiden Kumpulan J&T Express, berkata, “J&T ialah pendorong e-dagang yang bebas, menawarkan penyelesaian penghantaran ekspres kepada platform-platform e-dagang yang utama. Dengan memanfaatkan kepakaran kami dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap dan mudah melalui jaringan operasi global kami yang semakin berkembang, J&T Express bersedia untuk menyumbang kepada pembangunan e-dagang yang lebih pantas dalam pasaran MENA dan pelancaran di Mesir ini membuktikan komitmen kami kepada wilayah ini.”

Patrick Chen, Ketua J&T Express Mesir, berkata, “Melihatkan penembusan internet yang semakin pesat, pasaran Mesir berkedudukan baik untuk memanfaatkan peluang-peluang sedia ada bagi melanjutkan pembangunan e-dagang. J&T Express teruja dapat mewujudkan jaringan perkhidmatan yang diperhalusi di Mesir dan menawarkan pengalaman logistik yang cekap, mudah dan berkualiti kepada peruncit dan pelanggan tempatan.”

Menerusi pelancaran jaringannya di Mesir, jaringan J&T Express kini mencakupi tiga belas negara termasuk Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, China, Arab Saudi, UAE, Mexico, Brazil dan Mesir serta menyediakan perkhidmatan kepada lebih 2.5 bilion orang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: