Terkini

BKM Fasa 2 disalur mulai hari ini – Tengku Zafrul

Putrajaya – Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 yang disalurkan mulai hari ini akan memanfaatkan seramai hampir 8.6 juta penerima.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bayaran BKM Fasa 2 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion dan setiap penerima akan menerima sehingga RM400.

Beliau berkata, namun dengan bayaran bantuan tunai tambahan sebanyak RM630 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini dan dibayar bersekali dengan bayaran BKM Fasa 2, setiap penerima BKM bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

“Bayaran ini akan memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

“Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 (Isnin) melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 bilion,” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-100 yang dikeluarkan semalam.

Menurutnya, BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40 dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,500 sekeluarga pada tahun 2022.

“Mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barangan makanan kebelakangan ini, kerajaan mengambil keputusan untuk menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.

“Bantuan ini mengambil kira berakhirnya harga kawalan siling untuk ayam pada hujung bulan Jun 2022. Bantuan tersebut bertujuan menyumbang kepada pembiayaan peningkatan harga makanan asas untuk tempoh tiga bulan akan datang,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: