KUALA LUMPUR – Hari Raya Aidiladha akan disambut beberapa hari sahaja lagi dan rakyat Malaysia pasti ingin meraikan perayaan tersebut bersama yang tersayang tanpa perlu mengeluarkan belanja yang terlalu banyak. Mujurlah ada peruncit perkakas rumah ikonik Malaysia ini untuk membantu mereka.
MR D.I.Y. telah melancarkan edisi kelapan kempen “Poket Selamat” yang amat popular sepanjang bulan Julai. Kempen tersebut menawarkan produk-produk nilai terbaik yang terkenal kepada pelanggan dengan diskaun menarik sehingga 30 peratus di cawangan-cawangan MR. D.I.Y. di seluruh negara, serta di laman web e-dagangnya di mrdiy.com.my.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh berkata semasa mengumumkan kempen tersebut, “Poket Selamat” bertujuan untuk menjadikan pengalaman membeli-belah sesuatu yang tidak membebankan rakyat. Dengan menjalankan analisis ke atas trend dan data serta mendengar maklum balas dari pelanggan, kami mengenal pasti keutamaan mereka semasa perayaan besar seperti Hari Raya Aidiladha. Usaha sama secara langsung dan kukuh dengan para pengeluar membantu kami menawarkan produk-produk ini pada masa yang tepat dan dengan harga yang sentiasa rendah – “Always Low Prices”, seterusnya membolehkan perayaan ini diraikan dengan meriah oleh semua orang.
Ia merupakan salah satu cara MR. D.I.Y. membantu meringankan beban kos hidup yang semakin meningkat – dengan memastikan barangan keperluan boleh didapati pada harga yang tidak
membebankan dompet mereka.”

Rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur boleh menikmati diskaun ke atas rangkaian produk yang diatur khas, termasuklah produk-produk penjagaan rumah, barangan keperluan rumah, produk elektrik, perkakas, aksesori kereta, peralatan sukan serta pelbagai permainan. Antara yang menarik adalah Speedy Food Chopper -Pengisar Makanan Pantas yang kini ditawarkan pada harga RM8.90 (Harga Asal: RM13.10), yang dijangka akan menjadi pilihan ramai memandangkan para pelanggan akan kerap memasak semasa perayaan ini.

Baru-baru ini, MR D.I.Y. telah memperhebatkan penawaran runcit Kumpulan tersebut menerusi pembukaan cawangan terbesarnya setakat ini iaitu MR. D.I.Y. PLUS. mega bersaiz 30,000 kaki persegi di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur itu menampilkan kira-kira lebih 20,000 jenis produk pada harga sentiasa rendah – “Always Low Prices”, menawarkan warga KL dan komuniti-komuniti berhampiran, kemudahan untuk membeli-belah di bawah satu bumbung.
Kempen “Poket Selamat ” berlangsung dari 1 hingga 31 Julai 2022. Para pelanggan boleh mengenal pasti produk-produk yang ditawarkan pada harga diskaun di: https://bit.ly/mrdiypoket8