Terkini

400 bakal jemaah haji guna Visa furada terkandas

Kuala Lumpur – Seramai lebih 300 jemaah haji dilaporkan terpaksa melupakan hasrat mereka menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini berikutan masih terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Mereka dilihat keletihan menunggu penerbangan dan visa untuk berlepas ke Jeddah, Arab Saudi, lapor Astro Awani.

Seorang jemaah haji dari Kelantan, Marina Abu Zahar, 52, berkata kesemua mereka berdaftar dengan sebuah syarikat agensi pelancongan swasta bagi visa furada.

“Kami menunggu daripada jam 12 tengah hari selepas taklimat terakhir pada malam tadi mengatakan kita akan terbang pada 4.25 petang (Khamis).

“Kita berkumpul dari jam 12 tengah hari, dia delayed (tunda) kepada jam 7 malam. Sebab keadaan agak tegang, jadi kita cuba bertanya, tapi jawapannya sabar dan sabar.

“Memang kita boleh sabar lagi, kami duduk dalam empat hingga lima hari di sekitar KLIA ini, kejap hotel sana kejap hotel sini, duit pun dah banyak habis,” katanya dengan sebak.

Marina menambah, dia sedih dengan keadaan menimpanya dan jemaah yang lain.

“Ini pertama kali untuk mengerjakan haji, saya teruja, tapi bila benda itu dah terjadi kami reda… cuma cara yang berlaku itu kami kesal.

“Pergerakan kami diperkotak-katikkan, masa kami dipermainkan, dalam kalangan kami bukan semua yang senang, visa furada haji perlu duit yang banyak, tapi saya rasa ada yang kumpul duit seumur hidup,” katanya.

Difahamkan ada dalam kalangan jemaah tiba di Kuala Lumpur sejak 28 Jun lalu, namun penerbangan ditangguhkan atas alasan tertentu.

Jelas Marina, pasportnya dan jemaah lain masih lagi dipegang oleh syarikat agensi pelancongan berkenaan.

Menurutnya ada antara jemaah dikatakan telah membuat laporan polis di KLIA semalam, berhubung kejadian itu.

“Kami reda, memang tahu dah, last flight (penerbangan terakhir) jam 2.00 pagi ini tidak mungkin kita sampai ke Jeddah dan boleh masuk, memang mustahil, setakat ini sahaja kami.

“Saya cuma nak beritahu kepada ‘Tan Sri’ itu tadi, tolong lah sedar… jangan permainkan agama, jangan perkotak katikkan perasaan orang nak pergi haji.

“Bukan senang orang nak lalui benda ini, kami faham mungkin nama kami tidak dipanggil Allah, kami reda. Tolong jangan buat macam ni, terutama kepada orang kampung yang susah payah,” katanya.

Turut berlaku kekecohan di luar KLIA apabila salah seorang agensi pelancongan dikerumuni jemaah yang inginkan penjelasan mengenai keadaan sebenar.

Bagaimanapun, selepas beberapa minit penjelasan diberikan, individu terbabit dilihat diiringi masuk oleh Polis Bantuan KLIA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: