Terkini

Kilang minyak masak polibeg sedang diaudit – PM

Kuala Lumpur – Kerajaan sedang melaksanakan audit terhadap kilang pembungkusan minyak masak polibeg bagi memastikan bekalan bahan keperluan itu tidak terus diseleweng, termasuk dijual ke negara jiran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia antara tindakan yang dilaksanakan bermula daripada punca minyak masak itu dikeluarkan.

“Kita audit pengilang pembungkus minyak paket, kita dapatkan perincian siapa pembeli, siapa penerima, siapa dan nama pembekal bagi mengelak penyelewengan.

“Kita akan lihat ke mana minyak masak itu dihantar. Kita akan dapatkan nama dan periksa dengan pembekal berapa banyak yang dia dapat sebab kadangkala ia tidak sampai ke pembekal, dari kilang dibawa ke lain,” katanya ketika sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Ismail Sabri memberitahu kuota 60,000 metrik tan bagi keperluan isi rumah sebenarnya mencukupi malahan berlebihan bagi menampung keperluan penggunaan minyak masak polibeg.

Bagaimanapun, ujarnya, isu semasa minyak masak polibeg disebabkan ketamakan segelintir masyarakat yang hanya mementingkan diri sendiri dan mendapat keuntungan singkat dalam kepayahan orang lain.

“Kejadian penyeludupan serta salah guna minyak masak subsidi ini oleh pihak industri akan dibanteras.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggguna (KPDNHEP) hanya mempunyai 2,200 penguatkuasa.

“Dengan jumlah kekuatan anggota yang terhad adalah sukar untuk melakukan pemantauan dan penguatkuasaan di seluruh Malaysia terutamanya di kawasan sempadan,” katanya.

Dalam masa sama, Perdana Menteri berkata sumber kerajaan telah digembleng melalui beberapa agensi penguatkuasaan lain bagi memantau penyeludupan serta salah guna minyak masak polibeg bersubsidi.

“Sumber kerajaan telah digembleng melalui agensi penguatkuasaan lain seperti PDRM, Kastam, MAQIS, RELA dan beberapa agensi lain untuk membantu penguatkuasa KPDNHEP seperti model pelaksanaan penguatkuasaan Covid-19.

“Malah Kementerian Belia dan Sukan turut bekerjasama dengan KPDNHEP dalam mengembleng tenaga anak muda belia sebagai pemantau dan mata-mata Kerajaan dalam memerangi penyelewengan ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: