Gaya Hidup

MR D.I.Y. giatkan usaha untuk memelihara alam sekitar

KUALA LUMPUR – MR D.I.Y, peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, telah menggiatkan usaha untuk memastikan rakyat Malaysia turut melindungi dan memelihara sumber-sumber alam apabila rakyat kembali menjalani kehidupan seharian dalam norma baharu.

Kumpulan tersebut menggerakkan pasukan sukarelawan MR. DIY Cares dengan menyokong dua inisiatif alam sekitar yang berbeza iaitu kempen penanaman pokok dan program konservasi haiwan.

MR D.I.Y. telah menyertai Yayasan Telekom Malaysia dan Yayasan Sukarelawan Siswa dalam projek Penanaman Pokok Gutta Percha yang terbesar di Malaysia, di mana lebih daripada 1,000 pokok ditanam di Taman Botani Putrajaya dalam masa 24 jam. Projek Gutta Percha telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records atas usahanya menanam 5,017 pokok di 23 lokasi di Semenanjung Malaysia. Projek tersebut diilhamkan daripada kempen ‘Penghijauan Malaysia, Pokok Kita, Kehidupan Kita’ yang dilancarkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli untuk memelihara biodiversiti di negara ini.


Enam belas sukarelawan MR. DIY Cares telah menghadiri misi penanaman tersebut. Mereka juga mengagihkan peralatan berkebun seperti pengorek tanah dan cangkul mudah genggam, sarung tangan, tuala muka dan penyodok untuk memudahkan para sukarelawan menjalankan kerja-kerja tersebut.

Dalam sebuah program berasingan, wakil-wakil dari MR D.I.Y. telah mengunjungi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Pahang untuk menyokong usaha konservasi di sana. Tiga puluh sukarelawan MR D.I.Y. termasuk ahli-ahli pengurusan kanannya telah berpeluang mendekati serta memberi makan dan memandikan gajah-gajah di pusat konservasi tersebut. Mereka juga telah membersihkan kandang anak-anak gajah dan kawasan-kawasan sekelilingnya, memasang semula jaring di sekeliling halaman, dan membaik pulih tiang papan tanda yang lama.

Program tersebut yang merupakan usaha sama antara MR D.I.Y., Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bertujuan untuk menyokong usaha-usaha konservasi haiwan dan meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai cabaran yang dihadapi oleh haiwan-haiwan untuk meneruskan hidup.

Mengulas tentang dua inisiatif tersebut, Pengerusi Kumpulan MR D.I.Y., Dato’ Azlam Shah Alias berkata, “MR D.I.Y. komited untuk menyokong inisiatif-inisiatif kelestarian yang bertujuan memelihara, melindungi dan memulihkan alam sekitar. Sumber-sumber alam dan biodiversiti adalah aset-aset negara yang amat penting, dan sebagai jenama kelahiran tempatan, kami ingin turut memainkan peranan.


“Aktiviti-aktiviti seperti usaha penanaman pokok Gutta Percha oleh Yayasan Telekom Malaysia dan Yayasan Sukarelawan Siswa, dan Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah memainkan peranan yang penting, bukan sahaja untuk memastikan kelestarian alam semula jadi, tetapi juga mendidik orang ramai dan menyebarkan kesedaran mengenai usaha-usaha ini. Kami berbesar hati untuk menyokong mereka, dan menyeru lebih banyak syarikat korporat lain untuk turut menyertai usaha-usaha ini, demi negara Malaysia yang lebih baik,” kata beliau.

Dato’ Azlam juga mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan yang telah meluangkan masa dan tenaga mereka untuk menyertai kedua-dua program tersebut, dan berkata MR D.I.Y. berbangga kerana dapat bekerjasama dengan mereka. Kedua-dua program tersebut menyusuli beberapa program lain yang dianjurkan dan disokong oleh Kumpulan MR D.I.Y. sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk memelihara alam sekitar. Pada November 2021, MR D.I.Y. telah menganjurkan program pembersihan sungai di Sungai Kedondong dan Sungai Melaka sebagai sebahagian daripada inisiatif #DIY4Sungai. Peruncit juga telah menaja dan menyokong Zoo Negara dengan menyediakan sumber-sumber dan kelengkapan untuk membantu kerja-kerja penyenggaraan zoo kebangsaan tersebut.


Pada Disember 2021, MR D.I.Y. telah tersenarai dalam FTSE4Good Index 2021 yang diiktiraf di peringkat global, membuktikan usaha-usaha peruncit tersebut untuk terus menghasilkan impak yang positif dalam komuniti-komuniti di mana ia beroperasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: