Shah Alam – Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) telah meneliti satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudara Rafizi Ramli, Timbalan Presiden PKR mengenai isu Pembelian Kondo Mewah oleh FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang melibatkan perbelanjaan sebanyak £60 juta iaitu kira-kira RM330 juta pada tahun 2014 yang dimilikki oleh FIC London Hotel PTE Limited yang ditubuhkan di British Virgin Island (BVI).
Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) telah mengadakan satu mesyuarat tergempar yang di Pengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan anak-anak Peneroka dan FELDA.
Isu-isu lain yang dibincangkan adalah kenyataan Saudara Rafizi Ramli berkenaan isu
pelaburan FELDA di London bernilai lebih RM1 bilion bukan sahaja soal keputusan
pelaburan yang membazir (kerana harga yang dibayar terlalu mahal dan dicemari
penyelewengan), malah secara rasmi FELDA tidak memilikinya hartanah yang dibeli.
Rentetan itu, Saudara Rafizi Ramli telah membuat carian rasmi di Pejabat Pendaftar
Tanah UK dan mendapati bahawa mengikut dokumen hakmilik rasmi, sekurang- kurangnya dua hartanah mahal yang dibayar oleh FELDA telah didaftarkan atas nama syarikat berdaftar BVI (British Virgin Island), yang tiada kaitan dengan FELDA dan pemilik syarikat itu masih tidak diketahui sehingga hari ini. Ini merujuk kepada pautan: http://rafiziramli.com/category/felda/
Pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh Saudara Rafizi Ramli menjadi tanda tanya
generasi Peneroka yang ingin jawapan daripada pihak FELDA.
Sehubungan dengan itu, Majlis Tertinggi GWGF mendesak Pengurusan FELDA
memberikan penjelasan kepada kenyataan Saudara Rafizi Ramli ini kepada peneroka-
peneroka FELDA khususnya serta rakyat Malaysia amnya dalam masa empat belas (14)
hari dari sekarang. Kegagalan untuk memberikan kenyataan dan penjelasan ini akan
memperlihatkan kepincangan Pengurusan FELDA.