Terkini

Scammer menyamar Maszlee minta pinjam RM10,000

Kuala Lumpr – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik meminta orang ramai berhati-hati dan tidak terpedaya dengan ‘scammer’ yang menggunakan gambarnya menerusi akaun Telegram untuk meminta wang.

“Scammer menggunakan nama saya nak pinjam RM10,000. Kemudian bilang saya di Jerman dan terus tak boleh cakap Arab.

“Bagi sesiapa yang diganggu oleh scammer dengan mesej telegram kononnya dari saya, boleh tanyakan kepada beliau dalam pelbagai bahasa yang saya boleh bertutur dan lihatlah pembohongan mereka.

“Apa yang pasti, selepas anda membalas mesej, nombor anda pula mereka akan gunakan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Sehubungan itu Maszlee meminta orang ramai membuat laporan kepada Telegram berhubung perkara tersebut. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: