Politik

Pemuda Umno gesa tubuh RCI siasat isu LCS

Kuala Lumpur – Pemuda Umno mendesak kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kegagalan perolehan kapal tempur persisir (LCS) seperti yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki, berkata penubuhan RCI itu bagi menyiasat isu enam kapal aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) secara komprehensif dan bebas demi kepentingan rakyat.

“Tuduh menuduh, andaian demi andaian serta provokasi oleh pelbagai pihak mengenai perkara ini amat tidak sihat dalam kalangan rakyat dan memberikan persepsi tidak baik mengenai aset-aset sensitif ketenteraan, kesiapsiagaan pertahanan, keselamatan dan kedaulatan negara.

“Pemuda Umno berpendapat perlu ada satu titik noktah yang berautoriti agar semua pihak terutamanya pengguna akhir iaitu TLDM dapat mencapai objektif asal kepada perolehan ini seterusnya menjamin keupayaan pertahanan TLDM untuk menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, kepimpinan Umno yang berada dalam kerajaan sebelum dan ketika ini juga mahu siasatan dan tindakan menyeluruh terhadap laporan audit yang dikeluarkan PAC dapat dilakukan segera.

Khamis lalu, PAC mengumumkan sembilan rumusannya sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (Littoral Combatant Ship – LCS) bernilai RM9 bilion.

Melalui laporan PAC berkenaan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: