Sukan

Komanwel 2022: KBS kenalpasti beberapa acara mengecewakan

Kuala Lumpur – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersyukur dengan prestasi cemerlang ditonjolkan kontinjen negara apabila berjaya melepasi sasaran tujuh emas. 

Dalam temasya itu kontinjen Malaysia meraih keseluruhan tujuh pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa.

“Syukur Alhamdulillah dengan izin dan rahmat-Nya kontinjen negara berjaya mempamerkan aksi luar biasa pada temasya Komanwel Birmingham 2022 kali ini. 

“Pencapaian mengutip tujuh pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa adalah amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia. 

‘Walaupun kita menyasarkan kutipan enam pingat emas namun hasil usaha bersungguh-sungguh para atlet dan pegawai, kita berjaya melepasi sasaran tersebut dengan jayanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Bagaimanapun, Ahmad Faizal berkata, pihaknya akan mengenal pasti beberapa acara yang memberikan keputusan agak mengecewakan. 

“Perkara ini sememangnya dipandang serius dan wajar diambil tindakan tuntas demi mendapatkan hasil membanggakan di masa depan,” katanya. 

Sementara itu, beliau turut  mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama terlibat untuk merealisasikan kejayaan kontinjen Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: