Terkini

397 kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat alami gangguan air

Kuala Lumpur – Sejumlah 397 kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pada jam 10 pagi ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya, memaklumkan gangguan itu susulan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) pada jam 4.30 pagi tadi.

“Henti tugas LRA Langat 2 adalah berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang akibat daripada kes kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong KM75.9 menuju Kuala Lumpur semalam.

“Sejumlah 394 kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pada jam 10 pagi ini.

“Senarai penuh kawasan yang terjejas akan dikongsikan dalam masa terdekat ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut Air Selangor, sebarang perkembangan berkaitan dengan insiden berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

“Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

“Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di http://www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: