Terkini

Mohd Zuki dilantik semula sebagai KSN

Kuala Lumpur – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) secara kontrak.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pelantikan semula itu adalah atas perakuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

“Lantikan tersebut adalah selama dua tahun berkuatkuasa hari ini hingga 10 Ogos 2024.

“Pelantikan semula Mohd Zuki adalah atas kepentingan negara kerana perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan,” menurut kenyataan itu.

Mohd Zuki, 60, dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara sejak 31 Disember 2019 dan merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam.

“Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

“Selain itu, beliau pernah bertugas di Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri serta pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,” menurut kenyataan itu lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: