Gaya Hidup

Me’Nate Steak Hub pacu semangat patriotisme dengan pelancaran Merdeka Meat Fiesta 2022

Kuala Lumpur – YBrs. Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof, Pengarah Kanan – Domestik & Acara Tourism Malaysia menyerikan pelancaran kempen Merdeka Meat Fiesta 2022 Me’nate Steak Hub (Me’nate), sebagai usaha untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam menyemarakkan semangat patriotik mereka kepada negara menjelang Hari Kemerdekaan. Majlis pelancaran telah diadakan serentak dengan Pembukaan Besar-Besaran
cawangan ke-10 Me’nate Steak Hub di The Curve, Mutiara Damansara – cawangan pertama dalam pusat beli-belah.

Pelancaran ini telah dihoskan oleh pengacara selebriti – Keanu Azman dari Hitz FM dan Aki Chan dari MY FM, Pembukaan Besar-Besaran Me’nate Steak Hub cawangan ke-10 menggambarkan dedikasi Me’nate untuk menggalakkan penggiat industri dan orang ramai untuk mempamerkan budaya dan tradisi mereka secara terbuka sempena sambutan gemilang kemerdekaan tahun ini. Keadaan ini sangat penting bagi rakyat Malaysia, memandangkan tahun 2022 menandakan tahun pertama peralihan ke fasa endemik. Oleh itu, Me’nate telah
melancarkan Merdeka Meat Fiesta 2022 bagi memperingati perjalanan luar biasa ini yang telah menyatukan Malaysia dengan melalui cabaran paling getir.

YBrs. Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata, “Sungguh teruja melihat jenama tempatan seperti Me’nate membawa budaya tempatan kita dengan bangga dan secara kreatif menggabungkan hidangan tempatan dalam menu mereka sempena musim Merdeka ini. Saya berpendapat, ini merupakan cara terbaik untuk menzahirkan semangat patriotik seseorang, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana melaksanakan inisiatif ini sebagai peneraju industri terkemuka dalam memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia demi melahirkan
semangat patriotisme, dengan cara mereka sendiri. Inisiatif ini bukan hanya untuk meningkatkan semangat semasa Merdeka sahaja, tetapi dasarnya memacu penyediaan dan makan makanan yang baik untuk segmen pelancongan dengan menggambarkan keindahan Kemerdekaan Malaysia kepada dunia melalui media sosial dan sebagainya”.


Sebagai sebahagian daripada kempen Merdeka Meat Fiesta 2022, Me’nate mempamerkan semangat patriotisme dengan memperkenalkan hidangan tempatan istimewa seperti Malaysian Daging Bakar, Merdeka Fried Quail dan Lamb Jalur Gemilang yang digandingkan dengan beberapa sos istimewa Malaysia. Restoran stik buatan sendiri yang terkenal itu juga telah menggabungkan minuman yang sesuai dengan tema, termasuk – Kopi Tarik, Teh Tarik,
Bandung Bunga Raya dan Soda Kebangsaan. Hidangan bertemakan Merdeka ini boleh didapati di semua cawangan Me’nate Steak Hub di seluruh negara sehingga 16 September 2022.

Menurut Encik Syed Ashraf bin Syed Ali, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Me’nate Steak Hub, “Di Me’nate, kami amat berbangga dapat mengekalkan tradisi tempatan walaupun kami merupakan restoran stik barat, kerana kami berpandangan adalah amat penting untuk kita berpegang dan berbalik kepada adat resam dan asal usul terutamanya pada masa kini dalam dunia yang sentiasa berkembang pesat ini. Makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan masyarakat daripada budaya, latar belakang dan etnik yang berbeza sejak dari dahulu lagi. Justeru itu, semasa kami melancarkan kempen Merdeka Meat Fiesta 2022, kami berharap dapat menjadi penghubung dalam menggalakkan perpaduan, kepelbagaian budaya dan kebersamaan sepanjang Merdeka ini”.


Sebagai bonus tambahan kepada Merdeka Meat Fiesta 2022, Me’nate menawarkan pengguna peluang untuk meraikan sambutan Merdeka yang gemuruh bersama rakan dan keluarga pada harga berpatutan dengan diskaun 20 peratus untuk semua hidangan daging – bermula dari sekarang hingga 31 Ogos 2022.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: