Terkini

Giant lancar program ‘Sudah Makan?’, bantu golongan memerlukan

Kuala Lumpur – Giant Malaysia hari ini melancarkan Kempen “Have You Eaten?” atau ‘Sudah Makan? dengan kerjasama The Lost Food Project (TLFP) dengan sasaran menyediakan 500,000 sumbangan makanan bagi golongan yang memerlukan.

Kempen ‘Sudah Makan?’ bertujuan untuk bekerjasama dengan pelanggan Giant, di mana bagi setiap 1 kg beras Meadows yang dijual, 10 sen akan disumbangkan kepada pembelian beras Meadows, pada harga kos.

Komitmen ini meliputi seluruh produk beras Meadows yang boleh dibeli di Giant, serta semua pasaraya di bawah GCH Retail yang turut menyokong pengembangan Program sumbangan makanan Giant, dengan kerjasama TLFP.

Pelancaran itu dirasmikan oleh Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang berlangsung di Pasaraya Giant Setapak.

“Program kolaborasi seumpama ini amat baik bagi membantu masyarakat yang mengalami krisis kekurangan makanan. Jalinan kerjasama antara Giant bersama The Lost Food Project sewajarnya dijadikan contoh oleh syarikat-syarikat korporat yang lain bagi membantu golongan yang daif dan memerlukan supaya tiada siapa yang terpinggir selari dengan janji utama dan transformatif bagi Agenda 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” jelas Quek.

Kempen yang dinamakan “Have You Eaten?”, sebuah frasa yang sering digunakan di Asia bagi menggambarkan kebimbangan dan keprihatinan, adalah salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat GCH Retail untuk mengurangkan bebanan rakyat yang memerlukan dan meningkatkan sumbangan kepada sekuriti makanan di Malaysia.

Pengarah Pemasaran, SEA (Makanan), Lee Yik Hun menjelaskan Giant kini sedang berusaha untuk memberikan nilai dan kualiti terbaik untuk membantu pelanggan dalam meningkatkan nilai mata wang mereka pada masa yang mencabar ini.

“Kami sedar bahawa semakin ramai dalam komuniti setempat yang mungkin tidak mampu untuk mendapatkan makanan walaupun sehari sekali, apatah lagi tiga kali sehari bagi menampung kehidupan seharian mereka” katanya.

“Oleh itu, selari dengan misi kami untuk menyediakan pelanggan apa yang mereka perlukan, kami juga perlu berusaha untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar ini” jelasnya lagi.

Tambahnya, matlamat Giant adalah untuk sentiasa menambahbaik serta mengembangkan program
ini ke seluruh negara. Beliau turut berhasrat dapat meneruskan niat murni ini untuk mengembangkannya ke seluruh negara, dengan tujuan untuk memberikan bantuan kepada masyarakat di kawasan lain yang mempunyai operasi pasaraya Giant.

Dalam masa sama, Giant komited terhadap perniagaan di Malaysia, sambil meneruskan dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan pembukaan kedai Giant Mini.

Lee turut memaklumkan, Kedai Giant Mini yang ke 50 bakal dibuka tidak lama lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: