Gaya Hidup

Makanan sihat daripada MR D.I.Y. bantu para pelajar teruskan pembelajaran

KUALA LUMPUR – Dengan kos hidup yang semakin meningkat dan membebankan perbelanjaan keluarga, sekolah-sekolah mula mengesan suatu fenomena yang membimbangkan bagi peningkatan kes-kes malnutrisi dalam kalangan pelajar sekolah. Laporan Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2019 juga menunjukkan bahawa satu daripada lima kanak-kanak di Malaysia mengalami pertumbuhan yang terbantut.

Dengan matlamat untuk membantu mengatasi masalah ini, peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia. Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad telah mengaktifkan sebuah program bantuan sekolah untuk
mengagihkan roti, susu dan air mineral ke sekolah-sekolah di negeri Selangor.

Setakat ini, program “Healthy Meals” oleh MR D.I.Y. telah memberi manfaat kepada 737 pelajar di lima sekolah rendah di bawah pengawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Selangor iaitu SK Bukit Raya Hulu Langat , SK Cheras Jaya Cheras, SK Taming Jaya Seri Kembangan, SK Kajang, dan SK Leftenan Adnan Kajang. Para pelajar juga adalah penerima ‘Rancangan Makanan Tambahan (RMT).


Program yang disokong oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) itu disasarkan untuk memanfaatkan lebih daripada 5,000 pelajar di 25 sekolah rendah di negeri itu. Mengulas tentang inisiatif tersebut, Pengerusi Kumpulan MR D.I.Y., Dato’ Azlam Shah Alias berkata:
“Sebagai sebuah syarikat kelahiran Malaysia, kami mengganggap inisiatif ini sebagai peranan kami untuk membantu komuniti-komuniti di mana kami beroperasi untuk terus berkembang dan berjaya.
Memastikan kesejahteraan keluarga, terutamanya anak-anak adalah komponen yang penting dalam
usaha ini. Kami terus mengawasi isu-isu ini untuk melihat jika ada peranan yang boleh kami mainkan, dan kami memandang serius masalah kekurangan nutrisi.

“Sebagai peruncit yang menawarkan nilai dan mempunyai hubungan terus dengan para pengilang, kami mempunyai akses kepada produk-produk harga berpatutan termasuk susu, roti dan air mineral yang diperoleh dari jenama-jenama yang ada di MR D.I.Y.. Kami gembira untuk membekalkan produk-produk ini kepada murid-murid sekolah rendah di bawah inisiatif “Healthy Meals” oleh MR D.I.Y. kerana ia membantu mengekalkan kesejahteraan mereka. Kami berharap syarikat-syarikat lain akan menyokong program yang baik ini; ia akan memastikan masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Malaysia,” kata beliau.

Program pengedaran “Healthy Meals” oleh MR D.I.Y. telah dijalankan buat beberapa minggu dan akan diteruskan sepanjang sesi persekolahan pada tahun ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: