Terkini

Mcdonald’s ajak rakyat Malaysia derma darah sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, McDonald’s Malaysia mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk menderma darah di restoran-restoran terpilihnya sebagai sebahagian daripada kempen ‘Darah Menyatukan Kita’.

“Ini adalah kempen yang cukup bermakna bagi McDonald’s Malaysia, memandangkan ia menghimpunkan rakyat Malaysia untuk sama-sama menyokong sesuatu inisiatif yang amat mulia. Saya percaya kempen ‘Darah Menyatukan Kita’ mampu menzahirkan nilai inti pati diri kita sebagai rakyat Malaysia – iaitu darah yang mengalir dalam tubuh kita adalah persamaan yang kita semua miliki, dan ini adalah sesuatu yang menyatukan kita semua,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

McDonald’s Malaysia sentiasa menyokong inisiatif kerajaan yang melibatkan pendermaan darah. Inisiatif derma darah McDonald’s yang diadakan setiap tahun di bawah Program Komuniti @ McD & RMHC memberi tumpuan ke arah mewujudkan impak positif dalam masyarakat dan menyumbang kembali kepada masyarakat di sekitar lokasi operasi McDonald’s.

Restoran khidmat segera ini telah menganjurkan aktiviti menderma darah sejak tahun 2017 di ibu pejabatnya dan restoran-restoran terpilih, dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan pelbagai institusi hospital. Sehingga kini, lebih daripada 1,300 rakyat Malaysia telah menderma darah di McDonald’s, termasuklah lebih daripada 200 penderma yang hadir menderma darah di ibu pejabat McDonald’s pada Jun lalu.

“Kami sentiasa menggalakkan orang ramai, terutamanya warga McFamili untuk menderma darah. Namun, tahun ini, kami ingin memperbanyakkan lagi penglibatan orang ramai dengan menganjurkan aktiviti menderma darah di 29 restoran McDonald’s terpilih di seluruh negara. Hal ini secara langsung memberi akses yang lebih mudah untuk rakyat Malaysia yang berminat untuk menderma darah. Kami berharap agar rakyat Malaysia dapat beramai-ramai menyokong inisiatif mulia yang dilaksanakan ini,” kata Dato’ Azmir.

“Dengan menderma darah, kita mampu membantu hidup rakyat Malaysia yang lain. Saya berharap kempen ‘Darah Menyatukan Kita’ ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus menderma darah secara berkala sama ada di Pusat Darah Negara atau hospital berdekatan mereka,” tambah beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: